Selamat Berpuasa dan Selamat menyambut Hari Lebaran kelak.
Dah lama sebenarnya xupdate or share something dekat page nie...rasa rindu pun ade...maklum la kan, sejak akhir2 nie..banyak kerja nk kene settle...nie dapat menaip sikit pun kira ok la buat bekalan asset akhirat nanti...
Ok..direct to the point...memandangkan ramai yg inbox aku tanya pasal pakaian raya yang sesuai...fesyen tudung ape yang paling top...dan sebagainya...
So...sebagai jawapan saya...kat sini saya nk buat "Short Tutorial Tudung" versi bro kay...haha..xde la..biasa nya orang buat video...tapi kita tukar buat versi tulisan...insyaAllah penulisan saya nie boleh dihadam dalam otak kalian la ya...
TUTORIAL TUDUNG
Ok...untuk raya tahun nie dan hari2 selepasnya...Anda boleh pakai apa jenis atau fesyen tudung sekalipun...
Pakai la tudung ape pun...xkisah...
Sebab nabi xckp pun yang pakai tudung cara orang Arab itu lebih baik...
Pakai tudung cara orang Pakistan itu lebih baik...
xde pun...
So pakai lah tudung ape pun..
Al-maklum la kan..sekarang nie banyak jenis fesyen yang keluar...
Tudung Aina Tajima la..
Tudung Shila Hamzah la..
Tudung Siti la..
Easy tudung la...
dan sebagainya...
Pakai lah tudung fesyen jenis ape pun...janji anda kene penuhi EMPAT syarat pakai tudung.
SYARAT PAKAI TUDUNG
Boleh refer kpd surah An-Nur, ayat 31
Syarat yang PERTAMA
Wal yad ribbnna (longlai, terjuntai, tergantung kebawah)
Apabila anda ingin mulakan lilitan tudung..anda kene mulakan..atau start atau savekan ekor tudung untuk diletakkan di hadapan dada anda supaya ianya terjuntai kebawah...
makna katanya...lilit lah berapa kali lilit pun tudung anda...tetapi yang paling penting ada kain..atau ekor tudung yang terjuntai kebawah di bahagian dada...
So..kalau anda pakai macam nie...bahagian dada atau perhiasan dada anda akan tertutup...atau terselindung..
Bi khumur rihinna (khumur-melitupi, menyelaputi, menyelindung, tutupi)
A) Berselindung/ menyelindung
Tudung yang anda pakai hendaklah tidak transparent (lut sinar atau lut cahaya/ jarang)...makna katanya tidak boleh pakai tudung yang menampakkan anggota kepala anda...so bila anda pakai tudung...orang tak akan nampak kepala, rambut, leher, telingga termasuk subang atau anting-anting anda...selindungkannya dari padangan orang...
B) Longgar
Tudung anda tidak boleh terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk anggota kepala anda terutamanya bahagian telinga dan leher...
C) Tersembunyi
Tudung anda mestilah menyembunyikan segala anggota yang perlu di sembunyikan...seperti telingga, rambut, leher, bahu, dada dan perhiasan dada anda...
Tersembunyi bermaksud xnampak dari pandangan orang
Syarat yang KETIGA
A'la (diatas)
Pakai tudung hendaklah diatas dada...perkataan ATAS inilah biasanya muslimah FAIL..kenapa???..sebab salah tafsir...
Bila sebut perkataan ATAS...ianya bermaksud atas sesuatu yang menyebabkan sesuatu dibawahnya itu terselindung..tersembunyi...tertutup...
So..bila kita bincang bab pakai tudung...kain tudung hendaklah berada diatas dada yang menyebabkan bahagian dada dan perhiasan dada tersembunyi....dan bukanya...pakai tudung diatas perhiasan dada anda...yang nie selalu jumpa kot..mereka lipat ekor tudung diatas perhiasan dada mereka...bila ditanya..mereka menjawab..."eh..pakai tudung atas dada la"...
Syarat keEMPAT
Juyubbi hinna (dada-dada kamu)
Pakai tudung diatas dada anda...
Perlu di highlight kan bahawa...dada adalah antara hujung leher dengan perut anda...itu dada...dan dada bukanya dibahagian perhiasan dada anda sahaja yang perlu ditutup...tetapi dibahagian dada anda...
*pakai lah apa2 fesyen sekalipun...janji cukup empat syarat nie yaaa...
**dan ingat..jangan pakai tudung bersanggul terlalu tinggi seperti bonggol unta...kalau boleh usahakan untuk sembunyikannya..
***empat syarat ini juga boleh diguna pakai apabila kita ingin memilih pakaian untuk berfesyen....
Sekian..Selamat beramal dan terima kasih.. ; )

No comments:
Post a Comment