Friday, August 8, 2014

Gaza Memanggil

Angin menyapa membisik muram
Langit terbentang berbaju suram

Saat pagi merayap ke kaki Buana
Saat air menyimbah ke muka

" Ada akal di landa ke tenangan
Ada hati di langgar kegelisahan "

" Ada jasad bersenang kelenaan
Ada ajal di angkat kesyahidan "

Tasbih terhenti tergantung di tangan
Apa yang menganggu sekangkang ketenangan

Adakah aqsa milik mereka
Atau milik kita semua

Terus mengapa aku disini?
Duduk bersahaja berdiam diri?

Sedangkan sudah lama aku mengerti
Aqsa memanggil tanpa henti

Anak kecil menangis ketakutan
Mereka rakus menerangi kegelapan

Masjid rumah hancur berkecai
Yang tinggal hanya jasad terburai

Namun apa yang aku mampu beri?
Sekadar menonton di televisi?

Terus?
Apa yang terjadi?

Mahu saja di tempiknya sekuat hakikat
Mahu saja di jeriknya ke hujung kudrat

Namun...
Apalah pula di hujung kesudahannya?
Adakah sama saja isi keputusannya?

Bertahan bertahan dan teruslah bertahan
Selagi Tuhan masih setuju itu, sebagai Ujian

Bertahan bertahan dan teruslah bertahan

Selagi Tuhan masih memberi kewarasan
Selagi Tuhan masih melemparkan kenikmatan
Selagi Tuhan masih mencurah akan kemanusian

Bertahan bertahan dan teruslah bertahan

Kita sedar kita kenal dan kita nantikan
Sehingga tiba masanya, kita dimuliakan

Ingatlah wahai teman persaudaraan
Janji Tuhan itu tepat tidak pula pernah diperdayakan
Al- Israq : 4-7

Bertahan bertahan dan teruslah bertahan

-brokay-

Thursday, April 3, 2014

Ubat si Diri


Melempar pandangan ke luar tingkap
Ku Lepaskan segalanya di sana
Di sana di belakang aku tinggalkan
Yang aku sendiri tidak akan Lupakan

Payah hidup di belantara duri Hari
Segalanya ku redahi dan ku redhai
ku tebasi hari-hari demi Ini
Satu Anugerah dari Illahi...

Segala babak tulus usahaku
Sebagai Pengiat Pencari Ilmu
Sikap balasan mereka padaku
Letih dan kecewa ku HILANG !!
Meresap !! entah kemana?!!

Ayah... sikap selamba mu
Menjadi suatu tanda tanya bagiku
Ku sangkakan Tiada perasaan mu
Tetapi sebenarnya kamu teman setiaku

Umi... Senyuman mu adalah
Raja segala Ubat
Jarum waktu menabiri penemuan si Murni
Inilah rahsia Penyembuhan segalanya

Inilah Kelazatan yang terhadam 
Walau tidak dikunyah telan
Nikmat dan kelazatannya
Menembusi segala zat yang ada

Ya Tuhanku,
Biarpun hidup kami susah
Pastikan tidak akan ada cacat pada kemudi tatapan
Mata hati kami dikala melihat
antara Fitrah dan Fitnah dunia

Tabahkanlah hati kami
Mencari pelita yang kau cipta
Demi Menerangi kegelapan kami
Agar kami tidak sesat dan menyesati
Di bumi yang kami sendiri singgahi

Terima kasih ke atas ini
Sekuntum senyuman 
Amat tulus di dalam niat
Untuk terus setia berKawan

Alhamdulillah...

Thursday, January 9, 2014

Titik yang Betul


Ketika aku masih Muda
Aku terfikir dan Berkata kepada Tuhan,
Dan didalam setiap Doa ku
" Berikanlah aku Tenaga supaya aku boleh Merubah Dunia ini.
Dan semua orang pada pandangan aku tampak Salah.
Aku adalah seorang revolusioner yang mahu dan mampu merubah wajah Dunia ".

Dan...

Apabila aku menjadi lebih Matang
Aku pun mulai berdoa
Sedikit berbeza
" Ini seoalah-olah terlalu banyak,
Kehidupan nampaknya berada diluar dari kotak kawalan ku,
Hampir separuh dari hidupku hilang, Dan
Aku tidak berjaya merubah walaupun
Hanya seorang,
Dunia nampaknya terlalu banyak ".
Dan aku pun berkata kepada Tuhan,
" Keluarga ku pun cukup lah.
Biarlah Aku merubah Keluarga ku ".

Dan...

Apabila aku menjadi Tua
Aku berkata
" Aku sedar sekarang bahawa
Walaupun keluarga,
Itu pun dah terlalu banyak, Dan
Siapalah aku untuk merubah Mereka? "
Kemudian
Aku mulai sedar bahawa
Jika aku dapat merubah diriku sendiri
Maka itu pun sudah memadai, dan
Lebih dari cukup.
Aku pun mulai berdoa kepada Tuhan,
" Sekarang aku sudah sampai pada titik yang betul.
Sekurang-kurangnya
Benarkanlah Aku untuk melakukan Ini :

" Aku ingin merubah diri ku sendiri "

Dan Tuhan pun menjawab,
" Sekarang sudah tiada lagi masa yang tinggal.
Sepatutnya engkau meminta yang ini di awal lagi, Dan
Yang lainnye akan ade Kemungkinan
Jika yang awal itu di Sepatutkan nye dahulu ".