Wednesday, December 4, 2013

Makanlah Wahai Lengan Jubahku !

Satu hari
Mulla Nasruddin pergi ke satu majlis jamuan makan-makan.
Ketika itu dia berpakaian agak lusuh dan compang camping.
Jadi tidak ada orang yang menjemputnya masuk.

Mulla berlari pulang ke rumah.
Lalu dia mengenakan jubahnya yang terbaik.
Dan kembali semula ke majlis tersebut.

Dengan segera.
Tuan rumah majlis tersebut datang menegur.
Dan mengiringinya sehingga ke meja yang dihias cantik.

Apabila makanan dihidangkan.
Nasruddin menarik serta mendorong lengan jubahnya rapat dengan makanan.
Sambil berkata.
" Makanlah wahai lengan jubah ku, makan !
Ini amat jelas ternyata bahawa engkaulah tetamu kehormat sebenar di majlis ini.
Bukan aku ! "