Friday, May 17, 2013

Terima Kasih Cikgu..!!!

*Perhatian..!!!!...cerita dibawah adalah rekaan semata-mata. Tiada kene mengena dengan yang hidup atau yang mati...

**AMARAN..!!!...article dibawah tidak mempunyai gambar...


************


Aku memandang jari-jemariku. Kuku merah jambu dan bercampur keputih-putihan kuperlihatkan. Ibu jari bermain sebentar dengan empat lagi adik beradiknya yang lain. Kemudian kulandaskan semuanya ke lantai musolla. Keluhan berat terlepas.

Nombor  24 daripada 25 orang ahli Kelas Tingkatan Tiga Amanah.

“Tahniah Aiman. Tahniah. Kau baru sahaja berjaya melakarkan diri sebagai kedua tercorot di dalam kelas.” Aku memerli dan mencemuh diri sendiri. Mengeluh. Dan mengeluh lagi.

Kemudian aku memrebahkan badan aku. Baring. Memandang bumbung surau yang agak using itu.

Pelbagai rasa datang menerpa diriku ini.

Sedangkan pada peperiksaan akhir tahun Tingkatan Dua, aku mendapat tempat pertama. Seakan-akan terasa ironinya apabila aku naik ke pentas mengambil hadiah nombor satu tingkatan dua, tatkala keputusan peperiksaan pertengahan tahunku, aku adalah ke kedua tercorot. Majlis penyampaian hadiah tahun ini seakan majlis ejekkan bagi aku pula rasanya.

Apa dah terjadi kepada diri aku nie?

Aku melepaskan keluhan lagi. Nafas lemah keluar dari rongga. Perlahan-lahan. Kadang-kadang sedikit laju. Tutup mata. Gelap. Malas memikirkan semuanya.

Dan  bunyi telapak kaki memijak lantai kayu surau mula membingitkan suasana tenang tadi.

Pelajar-pelajar tamat kelas dan mula bersiap sedia untuk Solat Zohor berjemaah.

Pejam mata. Malas nak bercakap dengan sesiapa.

Sebelum waktu zohor masuk, aku ingin tidur. Tidak mahu pedulikan apa-apa.



******


“Aiman.” Satu suara memanggil.

Aku yang sedang mengikat tali kasut, mengangkat kepala.

Sir Khalid. Guru baru disekolahku ini. Juga merangkap Penolong Kanan Pentadbiran. Antara guru yang tajam memerhatikan segala gerak-geriku sejak kebelakangan ini.

“Bagaimana keadaan awak sekarang? Mendaki ataupun menurun. Atau terus terjunam?” Kedengaran agak sinis. Tambah dengan pincingan matanya yang diiringi sengihan itu, seperti panah yang menusuk jiwaku.

Aku menundukkan kepalaku semula. Menyempurnakan ikatan tali kasutku.

“Tak tahu la Sir. Saya tak tahu.” Endah tak endah aku menjawab.

Siap. Aku bangun. Tetapi aku tidak jadi melangkah. Rupanya Sir Khalid masih berdiri di hadapanku.

“Awak kene usaha lagi. Jangan malas-malas. Sekarang sudah bukan masanya untuk awak bermain-main lagi. Focus belajar!” dan kemudian Sir Khalid berlalu pergi.

Aku menghantarnya dengan pandanganku sahaja.

Mengeluh.

Aku sebenarnya agak tertekan dengan situasi ini. Mengeleng. Aku menyeluk dua tanganku ke dalam saku seluar,dan membuka langkah ke dewan makan sambil menyepak-yepak anak-anak batu di jalanan. Selera makan tengahariku hilang apabila disapa Sir Khalid.

Di sini, bersama kita ada pelajar yang pada tahun lepas mendapat tempat pertama di dalam kelasnya. Tetapi pada peperiksaan pertengahan tahun ini, dia mendapat tempat kedua tercorot di dalam kelasnya. Orangnya selama ini aktif. Debat. Pidato. Sukan. Pengawas. Ahli jawatankuasa BADAR. Semuanya dia ceburi. Tetapi malang, prestasinya dalam pembelajaran semakin hari semakin merosot.”

Suara Sir Khalid di atas musolla semasa perhimpunan calon-calon peperiksaan PMR dan SPM bergema.

“Maka di sini Sir ingin mencabar pelajar tersebut, untuk naik semula. Menjadi seorang yang cemerlang. Sekiranya cabaran Sir ini tidak disahut, Sir akan mengecapnya sebagai seorang yang penakut!”

Dan seluruh isi musolla ketika itu tertawa, sambil rata-rata memandang kepadaku.

Aku ketika itu hanya mampu menundukkan wajah, dan mengetap bibir.

Mataku bergenangan.

Aku tertekan.


******


“Kenapa muka muram nie Aiman? Selalunya awak caria saja.”

Aku berbaring kepenatan di atas gelanggang bola tampar sambil memerhatikan gelagat burung-burung yang bermain di awan biru. Aku memandang tuan punye suara yang bertanya. Ustaz Lutfi merapati. Duduk disebelah pembaringanku.

“Tension.”

Ustaz Lutfi tertawa memperlihatkan gigit yang kekurangan itu. “Ini mesti sebab baru-baru ini dapat dua tercorot kan?”

Aku sekadar mengangkat keningku dua kali tanda ya. “Orang bagi pressure banyak la pada saya. Saya tension. Lagi-lagi Sir Khalid. Saya rasa macam kene himpit. Hari-hari dia tanya. Walupon sudah tahu jawapannya.”

“Sebenarnya, Sir Khalid pun minta saya agar tidak benarkan awak ikut latihan Bola Tampar lagi.”

“Ya?” aku bangun bersila menghadap Ustaz Lutfi. “Kenapa Sir Khalid tu macam tak suka pada saya? Guru-guru lain pun ada yang pandang sinis dengan saya. Kalau bercakap tu, macam peril sahaja semuanya.”

“Haishh. Mana ada. Bersangka baiklah. Semua ingin yang terbaik daripada awak. Semua yakin awak boleh berikan yang terbaik.”

“Saya dah berusaha dah ustaz. Mungkin inilah saya. Memang belajarnya tak cemerlang. Nak buat macam mana lagi?” aku meluahkan perasaan. Membongkokkan tubuh memandang lantai gelanggang. Sambil tangan liar mengutip anak-anak batu kecil disekitar.

“ Aiman, kadang-kadang itu kita perlukan orang lain untuk sedarkan kita potensi kita. Saya sendiri rasa awak ada kekuatan untuk buat yang lebih baik.”

“Habis, ustaz rasa saya patut berhenti main bola tampar?”

“ Terpulang. Sebenarnya Aiman, masalahnya adalah bagaimanan awak bahagikan masa dan disiplinkan diri. Sukan, tugas sebagai pengawas, tugasan BADAR, dan belajar. Kene pandai bahagikan prioriti. Banyak kerja yang boleh dibahagi-bahagikan dengan kawan-kawan lain. Bukan semuanya kita kene buat sendiri. Barulah efisyen dan proaktif. Dan tak mambebankan diri.”

Aku tersenyum. “Ustaz memang terbaiklah.”

“Sir Khalid terbaik juga. Guru-guru lain semuanya terbaik. Awak sahaja yang tak tahu.” Ustaz Lutfi memberikan senyuman balas sambil menepuk-nepuk belakang tubuhku.


******


Aku bukanla pelajar pandai. Tetapi aku lebih merasakan diriku ini bernasib baik sahaja. Aku tidak pernah merasakan aku layak untuk mendapat 5A semasa UPSR. Aku juga tak pernah rasa aku layak mendapat tempat pertama semasa tingkatan satu dan dua.

Aku bukan seperti sahabat-sahabatku yang lain, yang sanggup bersengkang mata menghadap buku-buku sampai lewat malam. Kalau bersengkang mata bersembang itu aku sangguplah. Tetapi hendak memandang barisan kata-kata, urusan latihan dan di tambah dengan formula-formula yang seolah-olah tidak suka pada diri aku ini, memang itu bukan Aiman la jawabnya.

Dan apabila guruku membosankan, aku mula menyusun cerita-cerita untuk disembangkan bersama rakan. Kalau tidak pun. Aku tidur sahaja di dalam kelas. Aku cepat bosan dengan perkara yang statik. Aku juga cepat hilang minat dengan penyampaian yang tidak menarik. Aku sukakan perkara yang bergerak dan memberikan kepuasan. Sebab itu aku suka aktiviti Kokurikulum berbanding kurikulum. Asal ada sahaja perlawanan sukan. Aku mulakan sibukkan diri untuk menyertainya. Tidak kira apa sahaja sukan pun. Asalkan tidak masuk kelas.

Tetapi sekarang, aku ditekan untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Oh ya, satu lagi aku lupa, aku tak suka dipaksa. Aku suka buat apa yang aku suka sahaja. Justeru, bertambahlah tekanan dalam diriku apabila jatuh dalam suasana begini. Ini tidak dicampur dengan leteran ibu bapa aku lagi di setiap hujung minggu. Mereka pasti datang melawat aku.

Ustaz Zul, guru yang menguruskan persatuan  memanggilku pada satu hari.

“Aiman, ada satu benda sikit nak minta bantuan awak nie.”

“Eh, apa dia?”

“Awak kene dapat 9A masa PMR nanti.”

“Oh.” Aku mula rasa kurang enak. Ustaz Zul pun nak main bagi tekanan juga?”

“Saya serius nie. Sebab guru-guru akan buat keputusan berdasarkan keputusan peperiksaan awak nanti.”

“Ha..? Keputusan apa yang guru-guru nak buat?”

“Melarang sepenuhnya penyertaan pelajar-pelajar tingkatan tiga dan lima dalam apa sahaja aktiviti Kokurikulum Sekolah.”

Baru sahaja seperti termotivasi dengan bicara Ustaz Lutfi tempoh hari, selepas mendapat berita itu aku terasa seperti dihempap batu yang besar pula.

Ya Allah, kenapa aku mesti ada di tengah-tengah masalah ini?

“Habis Ustaz, saya perlu buat ape?”

“Awak kene fikirlah.”

Tahniah. Bagilah cadangan. Aku mula mengejek.

Sekarang bagaimana. Aiman? Aku membisik diri.


******


PMR semakin hampir. Aku semakin sempit. Tiga minggu lagi sudah Peperiksaan Percubaan.

Aku masih rasa aku sama seperti dahulu. Sebab sepanjang latihan-latihan yang diberikan oleh guru-guruku, markahku masih menunjukkan kecorotan yang melampau.

“Aiman, awak nie macam mana sebenarnya?” Cikgu Suhada bersuara apabila memberikan kertas latihan Sejarah yang terbaru kepadaku. Pada kertas tersebut terpampang markah. Tulisan merah. Dan dibulat besar. Rendah.

“Benda-benda yang senang pun awak tak boleh jawab.?”

“Dah saya tak tahu Cikgu.” Aku menggaru-garu kepala aku yang tidak gatal, sambil sebelah lagi menyambut kertas yang diberi.

Cikgu Suhada menggeleng kepala. “ Kita sekarang nie latih tubi sahaja Aiman. Siliibus pelajaran dah habis. 

Dan mustahil Cikgu nak luangkan masa dengan awak seorang sahaja, sebab ada lagi 257 pelajar tingkatan tiga yang perlukan Cikgu. Awak kene fikirkan macam mana nak catch up balik perkara-perkara yang awak terlepas nie. Kalau beginilah awak, jangan kata A, C pun payah nak dapat.”

Ouch. Satu kata-kata yang amat tidak memotivasikan di situ wahai Cikgu Suhada. Aku menggeleng.

“Jangan hancurkan harapan orang-orang yang percaya kepada awak Aiman.”

“Eh?” Kata-kata Cikgu Suhada itu membuatkan aku menatap wajahnya semula.

“Guru-guru bermesyuarat. Antara isu yang naik adalah hal awak. Ada guru cadang untuk biar awak letak jawatan pengawas. Juga tak perlu lagi uruskan BADAR. Ada yang cadang awak tak patut masukapa-apa pertandingan sukan yang akan berlangsung lepas Peperiksaan Percubaan ini. Macam-macam.”

“Jadi, keputusannya?”

“Ummi Khadijah tak benarkan. Ummi Khadijah kata, dia percaya awak mampu berikan yang terbaik.”

Dan bicara Cikgu Suhada itu merenjatkan jiwaku.

Ummi Khadijah…..


******


“Assalamualaikum. Apa khabar ummi?” aku melangkah masuk ke pejabat Ummi Khadijah.

Namanya Khadijah binti Ismail. Tetapi seluruh warga sekolah ini memanggilnya dengan gelaran ‘Ummi’. Mungkin kerana dia adalah isteri kepada Pengetua Sekolah dan merangkap Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Entah. Aku sendiri pun tidak pasti mengapa orang memanggilnya Ummi. Namun dia memang seperti Ummiku sendiri.

“ Waalaikumussalam. Aiman , masuk-masuk. Mari duduk.” Ummi menyambutku dengan wajah ceria. Seperti biasa.

Hubungan aku dengan Ummi amat erat. Berbanding pelajar-pelajar lain terhadap Ummi. Aku diibaratkan sebagai anak emasnya di sekolah ini. Mungkin kerana aku wakil sekolah untuk Pertandingan Pidato. Aku mula rapat dengan Ummi pun kerana Ummi banyak melatihku dalam hal itu.

Sampai ada satu kata-kata yang pernah disebut oleh guru-guru lain:

“Kalau Ummi tu ada anak perempuan lagi, Aiman, kamu mesti dah jadi menantu dia.”

Kata-kata itu lebih bernada peril kepadaku. Mungkin kerana Ummi banyak mempertahankan aku.

“Ummi kecewa dengan Aiman?” Aku risau itulah isunya aku dipanggil ke bilik ini.

Ummi tertawa. Menggeleng. “Aiman, Ummi panggil ini bukan sebab Ummi kecewa. Tetapi sebab Ummi percaya dengan Aiman.”

Aku mengerutkan dahi. Apa maksudnya?

“Minggu ini, Sekolah berhajat untuk menghantar 30 orang pelajar lelaki dan 30 orang pelajar perempuan, yang menjadi harapan sekolah untuk mendapat 9A. Mereka akan dihantar ke satu kem Motivasi oleh seorang Pakar Motivasi terkenal di Negara kita ini.”

“Oh.” Jadi apa kene mengenanya dengan aku? Aku kedua tercorot. Semestinya bukan dalam senarai sekolah untuk dihantar ke kem itu. Atau Ummi sengaja hendak mencetuskan motivasi menggunakan teknik cemburu? Aku cemburu tak dapat pergi, maka aku akan berusaha kuat? Begitu?

“Jadi, Ummi?” Aku bertanya. Sebab aku memang tertanya-tanya.

“Jadi, Ummi nak Aiman pergi. Boleh?”

Mata aku membesar. Biar betul. “Eh? Tadi Ummi kata untuk pelajarr harapan sekolah.”

“Betul. Aiman adalah pelajar harapan Ummi dan seluruh sekolah juga bukan?” Ummi tersenyum.

Aku menghela nafas. “Aiman tak mampu Ummi. Aiman rasa berat sangat apabila fikir yang Aiman macam tak tahu apa-apa pasal pelajaran. Lagi-lagi subjek Sejarah,Sains, Matematik dan Kemahiran Hidup. Memang hancus, Ummi. Hancussss.” Aku memanjangkan ‘sssss’.

“Aiman anak Ummi. Ummi anggap Aiman memang macam anak Ummi sendiri. Ummi amat yakin dengan Aiman. Guru-guru lain pun sama sebenarnya.”

“Yakah? Kenapa guru-guru lain macam ada yang tak suka dengan Aiman? Ada yang sinis. Ada yang beri tekanan. Aiman makin rasa tak mampu Ummi.”

“Aiman, bukan semua manusia sama. Dan bukan semua manusia melihat seseorang itu dengan pandangan yang sama. Ada guru memandang, dengan meletakkan tekanan barulah Aiman boleh keluarkan potensi Aiman yang sebenar. Ada guru pula fikir, Aiman ni perlu dikejutkan dengan sindiran dan kesinisan mereka. Agar Aiman tercabar dan bergerak. Ada pula yang fikir, Aiman ini perlu didodoi, barulah hendak bangkit kembali. Masing-masing bergerak dengan cara masing-masing. Tetapi semuanya mempunyai harapan terhadap Aiman. Aiman kena pandang begitu.” Panjang lebar Ummi berbicara.

Aku diam. Luas sungguh pandangan wanita tua ini. Ummi.

“Sekarang ini, apa kata Aiman terima sahaja pelawaan Ummi ini. Boleh?”

Aku memandang wajah tua Ummi yang tersenyum itu.

Perempuan berumur ini, benar-benar mengasihiku.

Apa yang perlu aku lakukan untuk membalas kasihnya?

“Baik Ummi. Aiman terima. Dan Aiman janji, Aiman takkan rosakkan kepercayaan Ummi.”

Aku berazam.


******


Reality bahawa aku bukanlah orang yang memiliki daya study yang sekuat pelajar-pelajar lain, tetapi bukanlah satu perkara yang boleh dinafikan begitu sahaja. Maka aku perlu lakukan sesuatu.

Aku perlu kreatif.

Berbanding dengan menelaah pelajaran, membaca buku, apa kata aku buat banyak latihan? Itu ideaku. Dann latihan-latihanku mestilah bermakna untuk cemerlang di dalam peperiksaan. Tambahan pula, apabila aku mengikuti kem motivasi tempoh hari, motivator tersebut ada berkata:

“Selagi masa masih ada, selagi itu harapan belum sirna. Maka gunakanlah masa yang masih berbaki, lakukan sesuatu untuk mencapai kecemerlangan dan menghapuskan kegagalan yang belum tertulis lagi.”

Maka aku memulakan langkahku. Strategiku.

Aku mengetuk pintu bilik guru. Bertemu dengan guru-guruku. Daripada Cikgu Suhada, ku minta segala contoh soalan dan jawapan peperiksaan Sejarah. Daripada Cikgu Ros, aku minta untuk pelajaran Sains. Daripada Sir Muhammad, aku minta untuk soalan Matematik dan contoh formula mudah. Daripada Cikgu Intan, aku minta untuk soalan Kemahiran Hidup. Untuk soalan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, aku banyak mengutip contoh-contoh soalan dan karangan-karangan serta teknik mudah skor daripada Teacher Tini dan Ustazah Azura. Untuk Bahasa Melayu, Geografi dan Pendidikan Islam, aku tidak gentar kerana ketiga-tiganya itu sudah berada di dalam tangan.

Aku habiskan masa dengan latih tubi. Habis soalan, aku tanda sendiri, bandingkan jawapanku dengan contoh jawapan. Salah. Aku baca contoh jawapan tadi dan memerhatikan pula jawapanku, apa silapnya. Apa lainnya.

Aku juga mengubah suasana pembelajaranku. Tidak lagi duduk dalam kelas semasa prep petang dan malam. 

Aku akan pergi ke kelas junior tingkatan dua atau tingkatan satu dan study di sana. Jika keadaan sedikit bosan. Aku bergerak ke perpustakaan. Lebih nyaman. Aku juga menawarkan diri kalau-kalau ada antara mereka yang inginkan aku mengajar mereka akan silibus mereka.

Aku tidak lagi bermain di kala waktu riadhah selepas waktu asar, melainkan ketika dipanggil untuk latihan bola tampar atau berjogging sekadar mengambil angin petang di lereng bukit sekolah.

Aku siapakan jadual. Setiap hari dan setiap jam. Detail. Waktu ini hendak buat apa dan apa. Hari ini subjek apa yang perlu difokuskan. Dan latihan apa perlu ditingkatkan. Lagi dan lagi.

Dan selepas tiga minggu, tibalah aku ke gerbang Peperiksaan Percubaan.

“Ini masanya untuk aku menunjukkan bukti perubahan aku.”

Dan aku ketuk gerbang itu dengan keyakinan.


******


Mungkin bukan antara yang mendapat 7, 8, atau 9A. Tetapi aku sudah menunjukkan peningkatan yang membanggakan diriku. 5A 4B. berbanding sebelum ini yang wujudnya C dan kurangnya A.

5A adalah Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Geografi, Matematik dan Kemahiran Hidup.

Aku tersenyum. Tanda berpuas hati. Sedikit. Strategi aku nampaknya menunjukkan positif.

Aku berasa lebih bersemangat.

“Aiman, bagaimana awak sekarang? Mendaki atau menjunam?” Sir Khalid bertanya pertanyaan rutinnya itu. Dan sekarang aku dah ada jawapan yang meyakinkan.

“Mendaki Sir. InsyaAllah terus mendaki.”

Sir Khalid tersenyum. Dan itu senyuman pertamanya kepadaku.

“Sir ada tips untuk lebih cemerlang?” Aku bertanya berani.

Dan senyuman Sir Khalid menjadi semakin lebar.

“Hubungan dengan Allah juga perlu diperhatikan.”

Aku terima saranan itu juga dengan senyuman.

Benar. Hubungan dengan Allah SWT. Siapa yang hendak memberikan kecemerlangan? Kalau bukan Allah SWT. Usaha dah ada. Tetapi usaha sahaja tidak mencukupi sebenarnya. Hubungan dengan Allah itu perlu dipereratkan lagi.

Maka aku tambah di dalam jadualku. Solat Dhuha di waktu rehat. Apabila loceng rehat berbunyi, aku akan bergegas ke kantin dan membeli sepaket sandwich dan air kotak. Kemudian aku terus ke surau dan melaksanakan solat Dhuha. Di dalam sujud terakhir, aku meminta kepada Allah agar Dia membukakan pintu rezeki kecemerlangan dalam kehidupan buatku. Aku minta keberkatan dalam usaha-usahaku. Aku sedikit sebak.

Aku tahu usahaku sedikit. Sangat-sangat sedikit.

Allah jugalah yang mampu mengeluarkan manfaat daripada usaha-usahaku itu.
Sebab Allah yang memegang natijahnya. Bukan aku dan usaha-usahaku.

Setiap kali sebelum tidur, Solat Hajat dan Taubat menjadi rutin. Suasana asrama memudahkan juga, memandangkan lepas solat maghrib wajib membaca Al-Mathurat dan Al-Quran, maka aku tidak sukar mencari masa membaca dan menghayati kalam-kalam Allah tersebut.

Dan itu semua menambah kekuatanku.

Buat hati lebih tenang. Buat keyakinan bertambah. Buat semangat memuncak.

Walaupun PMR kini semakin lama semakin hamper, aku langsung tidak gentar.



******


“Macam mana hari ini?” Ustaz Khalid menyapaku yang baru keluar dari barisan. Ada lima minit sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

Aku tersenyum.

“Saya tak akan rosakkan kepercayaan Ustaz.”

“Dan guru-guru yang lain.” Ustaz Khalid menyambung.

Senyumanku melebar.

“Ya. Dan guru-guru yang lain.”

Ummi Khadijah memerhatikan kami sambil tersenyum.

“Kepada calon-calon PMR, sila masuk ke dalam dewan sekarang.”

“Ok. Pergi sekarang. Saya doakan awak berjaya.” Ustaz Khalid menepuk belakang tubuhku.

“Dan pelajar-pelajar yang lain.” Aku menyambung dengan senyuman.

Ustaz Khalid membalas senyuman tanda setuju.

“Terima kasih ustaz. Semoga Allah makbulkan doa ustaz.” Aku terus melangkah ke dalam dewan.
Di dalam hati, aku berdoa.

“Ya Allah, aku telah berusaha, dan usaha terakhirku adalah dengan memberikan jawapan yang terbaik semasa peperiksaan ini. Terimalah usahaku. Dan sekiranya aku ini hambaMu yang berdosa, dan amalku bukanlah yang Engkau hendak terima, maka lihatlah cinta dan kasih guru-guruku itu, dan terimalah doa mereka.” Amin.


******


Dan untuk setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Untuk setiap sesuatu itu ada maknanya.

Benar pepatah melayu ada menyebut, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senag kemudian hari.

Siapa sangka hari-hari terhitam dalam kehidupanku itu bakal mengeluarkan aku menjadi manusia yang baru.

Daripada seluruh pelajar, hanya 18 orang sahaja yang berjaya mendapat 9A.

Daripada 18 orang itu, 15 daripadanya adalah pelajar perempuan.

Dan daripada 3 orang pelajar lelaki yang berjaya mendapat 9A, seorang daripadanya adalah aku.

Pada hari keputusan PMR keluar, Ustaz Khalid menelefon ke rumah menyampaikan keputusan peperiksaanku. Dapat kudengari sebak kegembiraannya.

“Guru-guru di sini, semuanya mengucapkan tahniah. Semua bangga dengan awak.”

Itulah ucapannya. Aku sujud syukur ketika itu dengan rasa yang tak terungkap. Dan sedikit sebak.

Dan selepas itu, hidupku berubah.

Aku senang untuk duduk-duduk dengan guru-guruku. Meminta nasihat. Meminta tunjuk ajar. Nyata, mereka apabila didekati, aku mendapat pengajaran dan motivasi yang lebih banyak lagi. Kekuatanku seperti bertambah. Pemikiranku seperti jadi meluas.

Dan apabila bergaul dengan mereka, terasa sungguh kasih mereka kepada diri ini. Juga kepada semua anak murid yang mereka punya.

Ya. Sebab itu, apabila aku memandang semula, apa yang guru-guruku lakukan pada masa lalu itu bukanlah untuk aku menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Mereka memberikan tekanan, untuk aku menjadi seorang manusia yang berfikir. Mereka tidak terus memberikan jawapan, agar aku menjadi seorang manusia yang gigih dan berusaha, memerah minda dan mencari jalanku. Mereka sinis agar aku menjadi manusia yang sensitif dan peka. Mereka menyayangi, agar aku menjadi manusia yang menghargai.

Mereka bukan hendak menjadikan aku seorang pelajar yang cemerlang.

Mereka hanya ingin menyelamatkan aku daripada menjadi manusia yang gagal.

Sebab hanya manusia yang sedar, peka, sensitif, gigih berusaha, berdikari, menghargai, adalah manusia yang berjaya. Di dunia, mahupun di akhirat sana.

Mereka bukan sekadar guru. Mereka adalah Murabbi. Murabbi membawa maksud – Orang yang menjaga, yang mendidik, yang membesarkan. Mereka bukan sekadar mengajar setakat persekolahan dan silibus pengajian. Mereka kekal mendidik diri ini, berkongsi nasihat, mengambil berat, walau berakhirnya sesi persekolahan, walau aku telah berada di universiti. Mereka mendidik berkenaan kehidupan, agar berjaya di akhirat. Bukan semata-mata cemerlangnya peperiksaan.UPSR.PMR.SPM.

Hasil didikan mereka, akhirnya aku berdiri di mana aku berdiri hari ini.

Alhamdulillah.

Terima Kasih Cikgu…

Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa-jasamu yang tidak terhitung itu.

Selamat Hari Guru…!!!



**(dipetik, diubah dan diolah daripada kumpulan cerpen simfoni cinta)










Wednesday, May 15, 2013

14 bulan Mei


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..bersyukur kehadrat illahi kerana hari ini…tarikh ini…masa ini..dan umur ini…saya dapat lagi menulis lembaran dalam “ kembaraku “ ini dengan lancarnya walaupon kadang2 ade la typo sikit…huhu…tapi harap2 dapat paham la kan…

Ok…untuk entry kali ini…saya bukan nk kemukakan ape2 topik atau persoalan yang ingin saya bincangkan…tetapi…entry kali ini hanyalah sekadar kenyataan terbuka saya kepada rakan2…friends ( dalam fb)…followers ( dalam blog..walaupon xbrape banyak yg follow T.T )…adik2…abang serta kakak saya..dan tak lupe kepada my umi dan my ayah…




TERIMA KASIH

Pertama sekali saya nk ucapkan berjuta-juta terima kasih kepada mereka yg wish hari lahir saya semalam…terima kasih…dan saya doakan kita sama2 berjaya didunia dan di akhirat sana…insyaAllah…dan…dikesempatan ini juga…saya ingin memohon maaf atas segala kesilapan..kesalahan…ketidaksempurnaan saya..atau ape2 sahaja yang saya lakukan yang tidak dapat memberi kepuasan dihati anda selama anda mengenali saya ini…maaf…dan akhir sekali…saya juga ingin berterima kasih juga kepada anda yang membaca dan sentiasa update dengan entry2 “kembaraku” ini dan yang memberi sokongan dan dorongan yang baik…terima kasih…saya harapkan entry2 ini akan menjadi satu asset saya apabila saya tiada nanti…so..ini lah pusaka kepada anda…huhu




BULAN MEI

Ini bulan mei kan…seperti yg kita tahu…bulan mei nie banyak sgt tarikh2 tentang peristiwa2 “memperingati” nie…daripada awal sampai akhir bulan…samada saya tahu atau saya xtau…contohnya

1-Mei- hari pekerja (cuti…; )

5-Mei- PRU 13

12- Mei- Hari Ibu (selamat hari ibu..umi..)

14- Mei- Hari lahir aku (7.35 pm)

15-Mei- Hari belia (kalau xsilap)

16- Mei- Hari Guru (selamat hari guru)

19-Mei- Hari HIV

*dan ade satu tarikh..tidak ku ingat…iaitu hari bomba

**tu xtermasuk peristiwa2 islam lagi tu...( jamadil akhir n rejab)




UCAPAN

Yang seronok nya bile kite tgk care orng wish tu…lain2 tau…macam2 gaya ade...huhu...antaranya

Ade yang “HB”- simple kn…api padat

Ade yang “hb”- lagi simple…nk tekan caps lock pun malas..hihi..sorry

Ade yang “ happy birthday kay, may Allah bless u in everything u do : ) – this is Islamic 
style yg menyentuh perasaan…eh…hamba Allah nie doakan aku setiap perbuatan aku…
kene buat baik nie…huhu…tersentap bile bace..huhu..Thanks

Ade yang ucap “ selamat hari ibu, kay” – yang nie pelik tapi xpe..ade maksud yg tersirat sebenarnya…maksudnya selamat hari ibu buat ibu saya yang melahirkan saya…huhu..insyaAllah betul la kot…

Ade yang ucap “selamat hari guru”- bile mase saya jadi guru pun xtau la…maybe nie kawan saya masa sekolah tadika dulu kot…kawan sebelah yang asyik tanye... “nie huruf ape ek”…

Ade yang ucap “happy birthday”- yg nie common style

Ade yg ucap “hb k”- simple n saya je paham…maybe

Ade yang pm n sms – yg nie name dia secret n romantic style…hehe..siap berbalas2 sampai berjam-jam plak…huhu

Ade yang xingat pun…(my kakak)..yg nie kene mintak hadiah lebih

ouh2...xlupe juga...ade seorng yang wish dlm wechat...huhu


Ape2 pon…terima kasih banyak2…

SAMBUT

Birthday aku…aku xsambut pun…sejak kecik lagi xpernah tiup2 lilin kt kek nie…nasib baik…huhu…

Malam hari ibu tu…kami adekan majlis tahlil n solat hajat semperna hari ibu..my umi…hari ibu buat arwah ibu umi n hari ibu buat arwah ibu ayah..dan untuk semua ibu2 kt luar sana…huhu…selamat hari ibu




19 TAHUN

Bermula semalam..saya dah berumur 19 tahun…so..terfikir jugak..dh 19 tahun Allah bagi masa dekat saya untuk hidup...selepas mengalami pelbagai peristiwa sebelum lahir…dan peluang diberikan kepada saya untuk lahir kedunia ini lebih awal daripada yg dijangkakan oleh doktor…saya lahir kurang sebulan dari yg dijangkakan oleh pakar perubatan…dan Alhamdulillah…saya selamat dilahirkan di atas muka bumi ini…jadi…persoalan yg sering bermain di pikiran saya adalah…

Kenapa Allah bagi peluang kepada aku untuk lahir kedunia???...padahal pakar2 perubatan menyatakan kepada ibu aku bahawa aku tidak dapt diselamatkan dan mungkin akan mengancam nyawa ibu aku jika aku tidak digugurkan pada usia 7 bulan…

Kenapa Allah pilih aku untuk hidup didunia…sedangkan banyak lagi benih2 lain yang bersama aku didunia lain yang berlumba untuk sampai ke satu destinasi demi satu matlamat…iaitu menjadi manusia…dan akhir nya…aku berjaya…bukan kerana aku…tetapi kerana Allah pilih aku…

Dan ape aku dah lakukan kepada Allah…selain solat lima waktu serta perkara2 sunat lain…

Ape yang aku lakukan dijalan Allah…

Aku tahu…Allah tidak perlukan aku untuk menyebarkan islam…tetapi…aku yang perlukan kan islam untuk hidup…jadi ape yg aku lakukan untuk keperluan aku sendiri…

Andai kata expired date aku adelah 19 tahun…adekah aku sia2 kan 19 tahun yang diberikan itu untuk dunia sahaja…

Mampukah aku menjadi penghuni syurga Allah….dengan ibadat ku selama 19 tahun lepas…layak ke…???

Sepanjang 19 tahun…adekah Allah pernah menerima solat dan taubat ku…cukupkah solat dan taubatku selama 19 tahun ini…memang kite kene berbaik sangka kepada Allah…tetapi kalau terlampau berbaik sangka dan mengirau kan persoalan aku ini…aku akan terus terleka…

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYANYANG

Aku mulakan langkahku untuk tahun2 sekarang dan mendatang dengan nama Mu ya rabb…dan lindungilah setiap langkah ku daripada perbuatan mungkar kepada Mu…serta berkhatilah setiap langkah ku ini dalam pengembaraan ku ke syurga Mu…insyaAllah…aminnn…

Sunday, May 12, 2013

Tukar atau Kekal...?


Assalamualaikum w.b.t

Kita teruskan lagi lembaran pengembaraan aku ini supaya kita sama2 dapat muhasabah diri dan bergerak mencuci dosa-dosa kita….

Walaupon kita sedang berusaha berubah dan melawan arus yang menghalang…namun kita pasti akan dihantui dengan kisah silam kita…flashback2 zaman jahiliyah kita sering menganggu langkah kita untuk terus berubah…kita memang mahu berubah…tetapi…tidak mampu kerana sering dihantui dengan keburukan2 yang dilakukan pada masa lepas…

Lebih memburukkan keadaan…selepas melihat kita berubah, terdapat pula segelintir manusia disekeliling mencemuh dan mengeluarkan ayat2 racun yang menyekat kita untuk terus melangkah…


“sudah jahat…nak berubah baik plak..”

“ingat orang nak maafkan dosa yang kau lakukan dahulu…memang tak la”

“kau tu memang dah jahat sejati la bro…semua dosa2 besar kau dah buat…kau ingat 
Tuhan nak terima ke taubat kau…”

“alang2 kau dah hancur…baik lunyai jee weii…”

“kalau dah ahli neraka…neraka juga la kau”

“ingat orang macam tu boleh berubah ke…dia pasti akan jadi jahat balik…kejap je tu…lakonan dia je..”


Kepada yang betol2 ingin berubah…bersabarlah…kerana Allah masih sayang kan kita…Dia masih memberi peluang kepada kita untuk bace lembaran ini dan peluang kepada kita untuk berubah…andai Dia memutuskan nyawa kita disaat kita berbuat dosa…sangat lah malang bagi kita…jadi bersyukurlah dan ayuh berubah…



BERUBAH

Mengapa ingin berubah..???

Niat dan matlamat kita untuk berubah perlu jelas dalam hal ini…ini kerana niat dan matlamat adalah pembekal kekuatan terbesar, bagi membantu kita dalam perubahan…jangan berubah kerana manusia,kerana apabila seseorang itu hilang,semangat untuk berubah kita juga akan hilang…jangan berubah kerana keadaan…jangan berubah kerana waktu…tetapi kita berubah kerana kita ingin menjadi hamba Allah yang redha…kita ingin menjadi tetamu VVIP di syurga Allah…itu matlamat kita…niat kita adalah kerana Allah…kita mahu Allah kira kita sebagai hamba-Nya yang terbaik yang diredhai-Nya…

CABARAN

Cabaran untuk setiap manusia dalam segenap hal adalah permulaan…termasuklah untuk berubah…sebelum mereka melangkah, mereka sudah menyibukkan diri dengan pelbagai persoalan yang menyekat diri dari berubah…sedar xsedar…mereka tidak bergerak lagi…pelumba lari yang tidak berlari…adakah dia ada peluang untuk menang…???...haha…jawapannya semestinya tidak…

Kerana dia tidak berlari…tetapi…sekiranya dia mula berlari…walaupon dia yakin dia akan kalah…peratusan untuk dia menang tidak akan menjadi 0 peratus…paling kurang adalah 0.0000001 peratus…semua itu tidak kita ketahui jika kita tidak mulakannya…
Begitu juga dengan kita yang inginkan perubahan…kita mesti mulakan dahulu…



DAH GERAK DAH…!!!..TAPI

Terdapat juga segelintir kita yang sudah bergerak untuk berubah…namun masih dikutuk dan dikeji oleh mereka2 yang tidak suka akan perubahan kita….

Perkara ini kemungkinan berlaku kepada sesiapa sahaja yang Allah pilih untuk seseorang itu lalui…ketahuilah itu adalah ujian daripada Allah…mungkin Allah ingin tahu bahawa adakah kita benar2 ingin berubah kerana Allah ataupon tidak…tambahan pula ianya sebagai tanda bahawa kita akan lebih rapat dan lebih berharap kepada-Nya…oleh itu…niat kita perlu lah bersih…kita berubah kerana Allah s.w.t…jangan kita pedulikan kata2 mereka…kerana Allah lebih menyanyangi kita lebih daripada manusia…

Jika kita tabah mengharungi ujian dan bersangka baik kepada Allah yang menurunkan segala ujian tersebut…yakinlah bahawa kebahagian sahaja yang menanti kita kerana Allah tidak memungkari janji-Nya…

SIKIT-SIKIT…

Orang selalu kata…membazir sahaja jika mampu berubah tetapi tidak mampu istiqamah dengan perubahan…

Benar…namun, perkara manusia perlu faham adalah, perubahan itu bukan dengan cara paksaan... sesekali kita bangkit…jatuh kembali…dan jangan lupa untuk kembali mendaki daripada kejatuhan tersebut…

Berubahlah sedikit demi sedikit…namun secara berterusan…manusia tidak boleh berubah terus seperti plastisin…sekali tekan…terus merubah…tidak…

Manusia berubah dengan proses yang teratur secara berperingkat-peringkat…kita perlukan strategi…mulakanlah dengan solat fardhu lima waktu…daripada tidak solat kepada solat…daripada tidak lengkap…kepada lengkap…apabila sudah mampu beristiqamah dan tidak meninggalkan solat…kita try untuk solat di awal waktu pula…selepas itu cube untuk berjemaah…ketahuilah iman kita sentiasa dahagakan penambahan…tanpa disuruh…kita dengan sendiri inginkan penambahan…maka tambah la dengan solat sunat pula…



LAMBAT LA…!!!

Terdapat juga segelitir manusia yang masih mempertikaikan bahawa teknik diatas tadi adalah terlalu lambat….namun…pendapat saya tetap sebegini…sekiranya kita mahu berubah…apa masalahnya…???...disini perlu di ingatkan bahawa solat adalah tiang agama…tanpa tiang…rumah tidak boleh dibina…untuk membina sesebuah binaan yang kukuh…kita perlulah mulakan dengan tiang dan seterusnya diteguh dan diperkukuhkan lagi dengan bahan2 lain…

InsyaAllah…dengan kita memperbaiki solat, bahasanya juga secara tidak langsung menjadi lembut…akhlaknya menjadi sopan sedikit demi sedikit…apabila hati sudah lembut dibasahi solat…maka nasihat yg mendatang dari luar mudah diterima dan diserap oleh hati…inilah dinamakan tarbiah…bukan dengan cara tergesa-gesa inginkan perubahan, tetapi dengan seni yang halus,cantik dan tersusun… dan perlu di ingatkan bahawa perubahan itu perlu lah secara berterusan…

*mulakan perubahan, walaupon sedikit tetapi istiqamah (berterusan)…itu lebih baik… ; )

**so..sekarang...nk TUKAR (berubah)...atau KEKAL (xberubah)..???

***komen anda sangatlah dihargai...tq