Sunday, April 14, 2013

Saya tidak hipokrit...


Assalamualaikum w.b.t

Pada suatu ketika dahulu...sedang saya bersiar-siar di kawasan rak buku di sebuah kedai buku di sekitar sini...tiba-tiba saya terdengar satu perbualan yang jelas dari rak seberang sana...

ya..mereka pon sedang mencari buku...tiba-tiba...mereka disapa oleh beberapa rakan mereka yang lain...

"kau buat ape kat sini"
"cari buku"
"buku ape je kat sini..buku kat sini poyo kot"
"ni haa...buku motivasi...macam best je tajuk dia..aku nk try bace jgk"
"eh...sejak bila hang bace buku lagu nie..."
"entah la weiii....aku rase aku nk bace buku mcm nie la plak...aku nk berubah la"
"ala...hang xpayah nk hipokrit la weii..poyo..."
"hurmm...ok lah..dah..jom la.."

Ya, ada segelintir manusia pada zaman ini berasa takot melakukan perubahan kepada kebaikan…kadangkala bukan kerana risau akan kutukkan rakan2 dan orang sekeliling…malah mereka sendiri pon xyakin akan perubahan yang mereka ingin lakukan…dan terus mempersoalkan dalam diri…betol ke ape yang aku buat nie…tidak hipokrit kah..

Ayat2 racun seperti…."aku perlu jadi diri sendiri"…menyebabkan jiwa kita menjadi rosak dan menghalang langkah kita untuk berubah…



Tetapi persolan disini…hipokrit kah kita jika berubah menjadi baik…??? Adakah dengan kebaikan, menyebabkan kita tidak menjadi diri sendiri…??? Siapa plak yang mulakan peraturan bahawa jadi baik itu hipokrit…???

Bila ditanya…kenapa tidak mahu berubah…??? Mereka menjawab…tidak mahu menjadi hipokrit…diri nya telah ditakdirkan suka kepada perkara yang Allah larang…suka merokok..bukak aurat…dan sebagainya…sekiranya melakukan perubahan kearah kebaikan…mereka rasa itu bukan diri mereka…tetapi..mana kita tahu yang buat perkara2 dosa itu adalah diri kita yang sebenarnya…mana bukti yang mengatakan kita telah ditakdirkan untuk jadi sedemikian rupa yang buruk perangainya itu…

Siapa kita yang sebenar…???

Rasulullah s.a.w. menyatakan yang bermaksud,” setiap bayi itu lahirnya di atas fitrah, ibubapa mereka dan suasana pembesaran mereka yang menjadikan mereka seorang yahudi, nasrani, dan majusi…(Bukhari dan Muslim)

Ini membuktikan bahawa setiap bayi yang dilahirkan adalah diatas satu fitrah…

Fitrah = islam…islam = baik

Maka terbuktilah bahawa siapa yang kata jadi baik itu hipokrit adalah salah…sebenarnya…jadi jahat itu hipokrit…sifat jahat bukan diri kita sebenar…Allah s.w.t telah menjelaskan dalam surah Al-A’raf, ayat 172 yang bermaksud:

“ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak2 Adam daripada belakang mereka. Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri. Allah menerangkan, ‘bukankah Aku ini Tuhan kamu?’ mereka semua menjawab, ‘benar, kami menjadi saksi mengakuinya”

Maknanya…sebelum kita lahir lagi..Allah dan jadikan fitrah kita ini adalah beriman…islam…taat kepada Allah…pernah kah kita mendengar kata2 bahawa bayi itu suci daripada segala dosa…ini lah maknanya…kita tidak hipokrit jika kita bersifat baik atau ingin kembali kepada kebaikan…

Masalah lagi bagi manusia adalah apabila kita ingin berubah…terdapat la segelintir rakan kita yang cube menghalang niat baik kita itu…mereka pasti mengejek…mengutuk…mencaci..mencerca…dan sebagainya…

Ini adalah penyakit yang ada dalam masyarakat kita. Apabila melihat sahabat menjadi baik, mereka tidak senang…berasa sempit dan gusar…mungkin bimbang akan kehilangan rakan…mereka sebenarnya mewarisi sifat makluk yang Allah jelas kan dalam ayat 16 hingga 17, suruh Al-A’raf:

“iblis berkata, ‘oleh kerana engkau menyebabkan aku sesat, sesungguhnya aku mengambil tempat menjadi penghalang mereka daripda jalan-Mu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka dari hadapan serta belakang mereka dan dari kanan serta kiri mereka. Engkau pasti mendapati tidak ramai daripada mereka bersyukur.”



Jadi ini sebagai inspirasi dan kekuatan kepada mereka yang mahu berubah, supaya terus bersabar dan tabah…mahu kembali kepada fitrah adalah tidak sesekali hipokrit…

Kepada yang ingin berubah…jangan susah2 hati..sekiranya ada masanya kita jatuh semula…ini adalah resmi kehidupan manusia biasa…iman kita selalu turun dan naik…tidak ada manusia yang baru ingin berubah…terus jadi baik seperti malaikat…

Manusia biasa lambat membuang sisa2 jahiliah secara keseluruhan nya pada masa yang singkat…ianya mengambil masa yang lama…tetapi perlu di ingatkan...jangan berputus asa…

Ingat tak satu crita yang seorang lelaki yang membunuh 100 orang…dan akhirnya dia tidak sempat bertaubat…dia meninggal dunia apabila dia dalam perjalanan menuju ke tempat taubat…tetapi Allah memasukkan nya ke dalam syurga…kerana kesungguhan dia ingin bertaubat…

Maka ketahuilah…kepada mereka yang kita yang ingin berubah…Allah begitu sayang....cinta akan kalian...

Xpercaya…???

Lihat surah al-Baqarah, ayat 222:

“sesungguhnya Allah mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri”

*jangan endahkan semua kritikan orang apabila diri kita mahukan perubahan pada diri sendiri…kritikan akan melemahkan kita, sekiranya dibandingkan dengan kasih sayang Allah kepada semua manusia…

**Apabila mahu berubah…jangan teragak-agak…niat melakukan perubahan hanya kepada Allah…bukan kerana seorang wanita…bukan kerana kawan…bukan kerana latar belakang keluarga…tetapi kerana Allah s.w.t…sekiranya satu dunia menyisihkan anda kerana perubahan kearah kebaikan anda…bersabarlah…bertenanglah…dan terus tabah…bergerak terus kearah perubahan…

InsyaAllah  Allah tidak sesekali mengecewakan para hambanya yang mendekati-Nya…

Jika kita berjalan menuju ke arah Allah…Allah berlari mendapatkan kita…




*** kepada kaum lelaki...

tak teringin ke nak kawin dengan wanita solehah...kalau teringin...jom jadi soleh...

***kepada wanita...

nak suami kita soleh x...kalau nak...jom jadi solehah...

*****soleh/solehah tu maknanya baik..

Sunday, April 7, 2013

Siapa Aku..???


Assalamualaikum w.b.t

Siapakah aku..???



hrmm...manusia sentiasa akan bertanya kan kepada dirinya sendiri...siapakah diri nya...???
bukan kerana mereka lupa akan nama mereka..bukan kerana mereka lupe diri…atau gila…mahupon hilang ingatan….akan tetapi mereka tidak tahu identiti mereka yang sebenarnya...

Apa aku nak jadi bile besar nanti..???
Siapa idola aku...???
aku nak ikut jejak langkah siapa...???

Persoalan sebegini biase nya akan wujud dalam setiap inchi hidup kita...kerana kita sering di lontarkan dengan soalan2 yang tidak adil sebegini...di sekolah...di rumah...mahupun di rumah makcik kita...soalan yang sama akan berbangkit...

Hang nak jadi ape mat bile besaq nanti..???




maka secara tidak langsung keluar la cita2 dan idola yg tidak sepatut nya kita ikot...kita terpaksa ikot nya...pasal ape..???
pasal kita tengok dia femes kt utube...dia femes kat tv...dia hensem...dia cantik...suara sedap...cool..dan sama waktu dengan nya....dan kalau ditanya lagi dan lagi...kita dah ada jawapan...dan akhirnya kita terperangkap dengan jawapan sendiri...

tetapi pada hakikatnya...

adakah kita sedar bahawa kita sedang menipu...????
sebenarnya kita sedang berkhayal...berimitasi dalam dunia kita sendiri sahaja...
tetapi persoalannya...
berjayakah kita jadi macam mereka.....
ok...kalau la anda kata anda berjaya menjadi sebijik macam idola anda...rambut sama...baju sama fesyen...dan ada bakat macam idola anda...orang kata macam copy paste...tetapi...sejauh mane anda akan pergi..???..sampai bile....???

adakah anda nak hidup selamanya dengan K-pop anda...nak buat rambut kaler2 lagi bile gigi dah luruh...tidakkkk....

Oleh itu, kawan2 sekalian...teruskan lah mencari diri anda yang sebenarnya...

Bagaimana nak cari diri anda yang sebenarnya..???

Pertama sekali kita kena tahu siapa lebih kenal diri kita..???

Ayah..?..Ibu..?..kawan..?..kawan baik..?..gf..?..bf..?..guru-guru..?..datuk..?...nenek..?..abang..?..kakak..?
walaupon ibu yang melahirkan kita, tetapi dia juga sebenarnya tidak mengenali diri kita...

kenapa..???

Kerana ibu tidak mencipta kita...ibu tidak mewujudkan kita…ibu hanya terlibat dalam proses pengwujudan kita sahaja…itu pon secara tidak sengaja…ibu tidak menjangkakan yang kita akan wujud dalam rahim nya...ibu akan menangis kegembiraan apabila kita wujud dalam rahimnya...terkejut...tidak menyangka dikurniakan anugerah sebegitu sempurna...iaitu anda...

Tetapi…Dia yang mewujudkan kita dalam rahim ibu..Dia yang mencipta kita...confirm Dia la yang lebih mengenali diri kita yang sebenarya...

Dia adalah Allah s.w.t

Langkah kedua dalam mengenali diri sendiri adalah dengan kembali kepada-Nya...cube perhatikan apakah yang Dia bicarakan tentang perihal diri anda dalam firmannya...

Dimana nak cari..???

Allah sayang akan kita kawan2...Dia permudahkan untuk kita bagi mencari perihal diri kita yang telah tercatat kekal dalam Al-Quran yang diwarisi daripada nabi Muhammad s.a.w...sampai lah kiamat...xberubah...dijaga rapi oleh Allah...hanya untuk manusia sahaja...special kan...supaya kita tidak tercari-cari siapakah diri ini yang sebenarnya...

Akan tetapi...siapakah yang mengambil Al-Quran ini sebagai perlembagaan dalam hidup...sebagai bahan rujukan dalam diri...hakikatnya tidak ramai...hanya segelintir sahaja tuan2 dan puan2 sekalian....ruginya kita...
kita duk sibuk dengan nota kita saja...duk sebuk dengan buku rujukan kita sahaja...bila nak kembali dengan Allah...baru la nak pergi cari buku motivasi segala...tetapi...hakikatnya...ape yang didunia dan diakhirat,Allah dah cover dah semuanya...dalam satu buku je...iaitu Al-Quran...Allah kata..berpegang dengan buku ini...anda tidak akan sesat dan akan selamat dunia dan akhirat...insyaAllah....jangan sesekali ragu2 dengan kata2 Allah...

Manusia kebiasaanya gagal dalam pembentukan diri kerana mengikut hawa nafsu semata-mata...
apabila kita nampak sesuatu perkara itu hebat...kita pon nak hebat...
apabila kita melihat sesuatu perkara itu cool...kita pon nak cool...
orng buat maksiat..kita pon nak try jugak..sebab ape..cool..haha...neraka x cool la brader...
bile kita tengok sesuatu itu femes...kita pon cepat2 ikot kefemessannya...
tanpa kita merujuk kembali apakah yang sepatutnya kita lakukan di atas muka bumi ini..

kita mudah tertipu dengan keadaan sekeliling...kita mudah terikot dengan budaya semasa...sedangkan mereka yang melakukan perkara itu tidak tahu ape yang mereka lakukan dan ape yang sepatutnya mereka lakukan...so...kenapa kita tiru mereka...



pernahkah kita bergerak mencari diri kita sebenar..???

ataupon kita tahu...tetapi tidak mahu...

sebab kita takot akan kebenaran...kerana kita sayang akan keseronokan dunia...yang kejap lagi akan hancur....hanya sekejap sahaja lagi...

Fikir2 kan lah..dan selamat mencari DIRI anda..