Tuesday, June 25, 2013

Ini cerita tentang Syaa'ban



Assalamualaikum w.b.t

Bertepatan dengan tetamu kehormat yang bakal berkunjung tiba tidak lama lagi iaitu Ramadhan, seharusnya kita sebagai tuan rumah perlulah menyediakan segala persiapan agar Ramadhan yang akan singgah tidak lama lagi tidak menghampakan, bahkan menjadikan ianya lebih baik daripada sebelumnya...

Persiapan merupakan antara asas penting dalam melaksanakan sesuatu tugasan kerana padanya akan lahirlah sebuah keseriusan dalam diri terhadap sesuatu yang kita akan hadapi...ini bertepatan sebagaimana manusia membuat apa jua persiapan dalam menghadapi kehidupan masa hadapan dari sudut peperiksaaan, pekerjaan dan lain-lain, begitu juga manusia sepatutnya lebih fokuskan persedian untuk kehidupan di akhirat yang kekal selamanya.


Syaa'ban

Syaaban membawa erti berpecah atau bercerai berai. Ia dinamakan sedemikian kerana orang2 Arab pada bulan tersebut akan pergi ke mana-mana tempat untuk mendapatkan bekalan air sehingga ke gua-gua dan sebagainya, juga untuk berperang. Namun, terdapat juga sesetengah yang berpendapat bahawa bulan itu merupakan bulan pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Namun perkara ini tidak disebut dalam hadis. Cuma, ulama' yang memberikan pengertian sedemikian sekadar memberi suntikan kepada manusia untuk mengambarkan bahawa dalam bulan ini terdapat kelebihan tertentu seperti berpuasa agar manusia dapat membiasakan diri untuk menempuhi Ramadhan yang bakal menjelma.


Puasa Syaa'ban dan Fadhilatnya

Melahui Aisyah r.a :

"Aku tidak pernah melihat Rasullullah SAW berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak berpuasa)" (Muttafaq 'Alaih)

Terdapat juga hadis-hadis lain yang menyebut Nabi SAW banyak berpuasa pada bulan Syaaban. Kalau dikatakan, apakah hikmahnya memperbanyakan berpuasa di bulan Syaaban?

Maka jawapan nya adalah perkataan Al-Hafiz Ibn Hajar:

Yang lebih tepat apa yang diriwayatkan oleh Nasa'i dan Abu Daud serta disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Usamah bin Zaid, dia berkata, saya bertanya:

"Wahai Rasullullah, saya tidak melihat tuan (sering) berpuasa dalam satu bulan seperti tuan berpuasa di bulan Syaaban?"

Baginda bersabda:

"Itu adalah bulan yang kebanyakan orang melalaikan iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Iaitu bulan yang di dalamnya di angkat amalan-amalan kepada Allah, Tuhan seluruh Alam. Maka aku ingin amalanku diangkat, sedang aku dalam keadaan berpuasa."
(dinyatakan hasan dalam Sahih An-Nasa'i, no. 2221)

Hadis ini menjelaskan bahawa baginda berpuasa sebahagian besar daripada bulan Syaaban. Oleh itu, antara hikmah puasa dalam bulan ini bukan sahaja sebagai persiapan bulan ramadhan bahkan sebagai peringatan untuk perbanyakan amalan.

Dari sudut lain pula, ada ulama' yang mengibaratkan puasa Syaaban seperti solat sunat rawatib iaitu sebagai persediaan dan perhatian bahawa ramadhan yang hanya datang sekali dalam setahun bakal tiba dan yang menjanjikan pelbagai ganjaran yang boleh kita perolehi jika kita berusaha.

Namun, perlu diambil perhatian juga kerana terdapat beberapa hadis palsu yang menyatakan keutamaan berpuasa dalam bulan Syaaban seperti hadis:

" Dan jika ia bangun pagi itu (bulan Syaaban) dalam keadaan berpuasa maka baginya pahala seperti puasa dua tahun. Setahun sebelumnya dan setahun akan datang."

*Ibnu Jauzi menyatakan bahawa hadis ini adalah hadis palsu.





Nisfu Syaa'ban

Sering menitir dari bibir ke bibir masyarakat kita tentang pengkhususan ibadat tertentu pada malam nifsu (pertengahan / 15) Syaaban dan hadis-hadis yang menjanjikan jumlah dan bilangan pahala atau balasan tertentu bagi ibadah di dalamnya. Namun, berkait dalam masalah ini sebahagian hadis dikategorikan sebagai hadis dhaif (lemah), bahkan terdapat hadis maudhu' (palsu) oleh para ulama hadis.

Namun, Dr Yusuf al-Qardawi menyanggah terdapat hadis tertentu yang berkait keutamaan malam tersebut secara khusus dengan melakukan ibadah-ibadah tertentu. 

Antara contoh dari hadis palsu berkenaan malam ini adalah:

“Barangsiapa yang melakukan solat empat belas rakaat, membaca al-fatihah empat belas kali, seterusnya diikuti an-nas dalam bilangan yang sama seterusnya membaca ayat kursi dan lain-lain maka baginya dua puluh haji mabrur dan seperti puasa dua puluh tahun yang diterima.”
*Berkata Ibn Hibban, terdapat salah seorang perawinya adalah pereka hadis.

Namun ini bukan bermaksud malam itu perlu sunyi sepi tanpa sebarang ibadah. Kita masih boleh teruskan beribadah seperti malam-malam biasa atau lebih banyak dan menyerahkan ganjaran hanya kepada Allah SWT. Yang menjadi salah, adalah apabila kita menyatakan atau melakukan ibadah itu untuk mendapatkan ganjaran atau keutamaan tertentu tetapi tidak berdasarkan hadis-hadis yang sahih.

Terdapat juga persoalan tentang membaca surah yassin pada malam tersebut sebanyak tiga kali, ia merupakan suatu bentuk pengkhususan ibadah tidak berdalil. Namun, pembacaan al-Quran atau membaca surah yassin sekalipun tidak menjadi masalah kerana membaca al-Quran itu ibadah tetapi tidak boleh beranggapan ia adalah suatu surah yang mesti dibaca pada malam berkenaan sahaja. Adapun lebih baik kita membaca al-Quran tanpa ada pengkhususan ayat atau surah.

Oleh itu, lebih utama ia tidak dilakukan bukan disebabkan pilihan surah dan bilangan bacaan itu. Hal ini kerana tiga kali bacaan adalah suatu bentuk proses yang lama. Ia boleh membawa pembaca membaca dalam keadaan tergesa-gesa hingga mengabaikan hukum tajwid di dalamnya. Justeru, cukup sekadar sekali dan lebih baik bersama tadabbur ayat-ayat berkenaan. Namun ia masih tidak menjadi kesalahan jika anda ingin membacanya juga sebanyak tiga kali dan haruslah tidak mengabaikan hukum tajwidnya, dan tidak bersandarkan kepada mana-mana hadis palsu lain.


Puasa Separuh akhir bulan Syaa’ban

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: 

"Apabila berbaki seperdua daripada Syaa’ban maka janganlah kamu berpuasa."                 (Tirmidzi, Hasan Sahih)

Berdasarkan hadis diatas, terdapat perbezaan pendapat dikalangan para ulama', ada sebahagian membenarkan jika seseorang itu melazimi puasa pada seperdua sebelumnya atau melazimi puasa sunat Isnin dan Khamis atau puasa nabi Daud a.s (puasa selang sehari).

Adapun pendapat daripada mazhab Syafie seperti disebutkan Imam An-Nawawi bahawa tidak harus berpuasa bahkan ada pendapat dari mazhab ini mengharamkannya.
Justeru, sebagai langkah berjaga-jaga, pada kesempatan Syaa’ban yang baru sahaja membuka tabir, ayuh kita berlatih untuk berpuasa di samping boleh berlepas daripada hukum ini sekiranya kita ingin berpuasa pada seperdua akhir syaa’ban nanti.


Puasa Hari Syak

Hari syak adalah sehari atau dua hari sebelum Ramadhan. Terdapat larangan berpuasa pada hari syak disebabkan pada hari tersebut tidak jelas apakah sudah masuk bulan Ramadan atau belum malah ditegah jika niatnya hanya ingin berhati-hati untuk tidak tertinggal Ramadhan. Adapun bulan Ramadhan diperintah untuk melaksanakannya selepas kelihatan anak bulan. Walaubagaimanapun, kita sekarang berada di era moden ini, sudah tidak menjadi masalah kerana terdapat pengumuman rasmi dikaca televisyen mahupun di corong-corng radio oleh pemegang mohor raja-raja dan ahli2 falak yang lain.
Namun demikian, seseorang itu masih boleh berpuasa jika hari berkenaan bertepatan dengan hari yang disunatkan untuk berpuas seperti hari Isnin dan Khamis. Jika tidak bertepatan dengan mana-mana hari yakni tiada asbab yang lain maka ia tidak dibenarkan.


Hadis Palsu..???

Disini saya juga ingin memberi peringatan kepada diri dan sahabat2 sekalian supaya berhati-hati semasa melontarkan atau share/post apa-apa hadis kerana di kuatiri ainya hadis palsu. Oleh itu, buatlah sedikit kajian agar kita tidak menyebarkan bahan-bahan yang salah.

Berikut merupakan contoh2 hadis palsu atau dhaif yang agak femes di wall Facebook baru ini...

HADIS PERTAMA:

Daripada ‘Aisyah r.a, dia berkata: 

“Pada suatu malam saya kehilangan Rasulullah s.a.w. lalu saya keluar, ternyata baginda berada di Baqi’, 

lalu Rasulullah bersabda:

“Apakah kamu takut padahal Allah dan Rasul-Nya melindungimu?”

Saya (‘Aisyah) jawab: 

Ya Rasulullah, saya mengira engkau mendatangi sebahagian isterimu (yang lain).”

Baginda bersabda: 

“Sesungguhnya pada malam Nisfu Sya’ban Allah turun ke langit dunia lalu mengampuni lebih banyak dosa daripada banyaknya bulu kambing Bani Kalb.”

[Hadis Riwayat Imam Ahmad, Imam Tirmidzi. “Dhaif Jiddan”].

HADIS KEDUA:

Daripada ‘Ali bin Abi Talib r.a, dia berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: 

“Jika datang malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah pada malam harinya (untuk bersolat) dan berpuasalah pada waktu siangnya. Sesungguhnya pada saat itu sejak tenggelamnya matahari, Allah turun ke langit dunia seraya berfirman: “Ketahuilah, sesiapa yang meminta keampunan, maka Aku akan mengampuninya dan ketahuilah sesiapa yang meminta rezeki maka Aku akan memberinya, ketahuilah sesiapa yang sakit maka aku akan menyihatkannya, ketahui sesiapa yang begini aku akan begitu hingga terbit matahari.

 [Hadis riwayat Ibnu Majah – “Maudhu’”].

HADIS KETIGA:

“Wahai ‘Ali, sesiapa yang solat seratus rakaat pada malam Nisfu Sya’ban, pada setiap rakaat membaca surah al-Fatihah dan Qul huwallahu ahad 10 kali, Nabi s.a.w. bersabda: “Ya ‘Ali, tidaklah seorang hamba yang solat seperti ini kecuali Allah akan memenuhi setiap setiap keinginan dan permintaanya pada malam itu…

Hadis ini adalah maudhu’ (palsu) sebagaimana dinyatakan Ibn al Jauzi di dalam al-Maudhu’aat, Ibn al Qayyim di dalam al-Manar al-Munif, al-Suyuthi di dalam al-Lali al-Masnu’ah.

HADIS KEEMPAT:

“Sesiapa solat dua belas rakaat pada malam Nisfu Sya’ban dengan membaca pada setiap rakaatnya Qul huwallahu ahad 30 kali, tidak keluar hingga melihat tempat duduknya di syurga…”


Hadis ini adalah maudhu’ (palsu) sebagaimana dinyatakan Ibn al Jauzi di dalam al-Maudhu’aat, Ibn al Qayyim di dalam al-Manar al-Munif, al-Suyuthi di dalam al-Laali al-Masnu’ah.


*****


“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” 
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).


Sunday, June 23, 2013

Message for All..!!!

Assalamualaikum and Good Day, world….!!!

Allow me first to apologize for this interruption.

I do like to spread my message as my obligation.

The Prophet SAW said, as is reported by Tamim Adari, and collected by Imam Muslim in his Sahih:

This matter (Islam)…this religion of Islam will reach where ever the night and the day reaches…and Allah SWT will not leave on this earth except Islam will enter every COUNTRY, every CITY, every VILLAGE, every HOME, by hook or by crook.

And in another narration also in the Sunan of Imam Ahmad, the Prophet SAW :

He said this matter will keep spreading as far as the night and the day reach, until Allah SWT will not leave a house made of mud or hair except that Islam will enter into it, while bringing honor to an honorable person, and humiliation to a disgraced person. Honor with which Allah elevates Islam and disgrace with which Allah humiliates disbelief.

Brothers and Sisters...

There will come a time as Rasullullah SAW said that Islam will enter into every home, 

even a home of hair, 

even a home of mud, 

even meaning a tent, 

there will be a person in that home who is muslim.

This is what it means my brothers and sisters…

It doesn’t just mean that people will come to hear about Islam...

No..Allah will honour a person in that house, or in that home…Allah will honour them with Islam, and if YOU are a person of ISLAM, you are honoured in the sight of Allah…

EVEN

You may not wear fancy clothes,

You may not wear designer labels,

You may not have an expensive car,

You may not live in a big house.

No my brothers and sisters, maybe you are very simple,

And maybe your life is very simple,

And maybe those rich people and those powerful people will pass you by and they will not even glance at you.

Because all they see is the outward aspect of the life of this world.

But Allah SWT…He is looking to your hearts

He is looking to our hearts, and that is what is important to Allah SWT.

And He sees what is inside you.

He sees what those people cannot see.

And the fact that, Allah SWT has chosen you and made you as a MUSLIM…and it means that he has honored you…

He, Allah SWT has honored you with ISLAM.

That is because he loves you…

And that is the message brothers and sisters we need to convey to the human beings.

This is the message we need to convey, and convey it we must…

It is our duty, our obligation to pass this message of ISLAM on…

That Allah alone is worthy of worship…

That Muhammad SAW is his messenger…

That the Day of Judgment is true…

That the paradise is true…

That the hellfire is true…

And that the way to paradise is by surrendering ourselves to Allah SWT…

This is our duty…

This is our obligation…

That we need to pass this message on my brothers and sisters…

And if we don’t do it, who is going to do it..???

If we do not call the people to Islam…

If we do not invite the people to Islam…

How will the message reach them..???

BUT….

Don't worry...

It will happen brothers and sisters…

It will happen, as the prophet Muhammad SAW said “Islam will enter every home”…

It going to happen…

There is no doubt about it…

Whether WITH YOU…or WITHOUT YOU…

WITH ME or WITHOUT ME…

Allah SWT, He will cause Islam to enter every home and for a Muslim to be in every single home…

And Allah SWT will honor a person in every house, 

even a tent of hair…

Even in your building right now…

Every one, brothers and sisters, there is going to be a Muslim inside…

Whether it is a palace…

Or whether it is a tent…

It is going to happen because the prophet SAW never lied…

What he received was knowledge from Allah SWT…

BUT here is the question…

Do you WANT to be a PART of that or not..???

The opportunity is there…

There promise is there…

There Prophet Muhammad SAW said that it is going to be HAPPEN…

And the REWARD for it is there for our taking…

The fruit is on the tree…

It is ready for our plucking…

So think about what Rasullullah SAW has said brothers and sisters..

THINK..!!!

so...if you understand this message...if you see as i see...if you feel as i feel...if you seek as i seek...i ask you to stand and spread the massage of Islam...one second from this moment...and together we be a part of that...TQ...


*you can start it by spread this massage...

Sunday, June 9, 2013

My Enemies,I Thank you

Jika mahu dibandingkan antara orang yang selalu memuji-muji diriku dengan  orang yang selalu mengkritik diriku, mungkin aku lebih sukakan orang yang selalu mengkritik diriku.

Betul ke..???



Kritikan, teguran, marahan atau apa jua yang sewaktu dengannya itu sekurang-kurangnya memberikanku manfaat dari sudut ingin membaiki dan meningkatkan lagi diriku.

 Tetapi dipuji, diangkat-angkat kemuliaan diri kita itu selalunya membuatkan kita mudah merasa lupa diri, selesa dan paling bahaya membuatkan kita rasa kita sudah cukup baik ! (baik ke ?)

Kadang-kadang, kita merasakan diri sudah cukup baik, akan menyebabkan kita terhenti daripada terus maju dalam berfikir dan bertindak. Kita masih berfikir dan bertindak tetapi di tahap yang sama. Kita tidak mampu berfikir dan bertindak di tahap yang lebih baik.

Oleh sebab itulah Umar Al-Khattab r.a. pernah berkata saat dia dilantik menjadi khalifah :

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang menjadikan di kalangan rakyat Umar, mereka yang akan membetulkan penyelewengan Umar dengan mata pedang mereka !”

Tengok bukan sekadar kritikan atau teguran melalui kata-kata, tapi menggunakan mata pedang lagi !

Kita Perlu Faham

Ya, saya akui tidak mudah untuk menelan kritikan atau teguran begitu sahaja. Kerana teguran atau kritikan itu biasanya pahit dan kadang-kadang pedas, maka menelan ubat yang pahit untuk tujuan penyembuhan dan pembaikan diri daripada penyakit itu sememangnya sukar. Namun jika tidak ditelan, mungkin kita akan lebih sakit.

Tetapi suka diingatkan bahawa pahit tidak semestinya  terus dibuang, manis tidak semestinya terus ditelan.

Pedulikan dulu soal benar atau salah kritikan atau teguran yang kita terima itu.

Pedulikan juga dahulu bagaimana cara ia disampaikan.

Sekarang, kita harus pandang adalah pada bagaimana kita menerimanya?

Meskipun sukar untuk menelannya, tetapi ia adalah lebih baik daripada kita selalu mahu bersikap defensive dan menangkis segala kritikan dan teguran yang disampaikan.

Bersyukurlah sekurang-kurangnya masih ada yang mahu membetulkan kita, mahu melihat kita menjadi lebih baik, dan menggerakkan kehidupan dengan cara lebih baik atau lebih mudah, masih ada yang mahu memberi perhatian kepada kita.

Kalau kita seorang pemimpin, lebih-lebih lagilah kita perlu merasa nikmat mempunyai anggota bawahan yang prihatin, sentiasa mahu terlibat dalam perubahan sehingga menyebabkan mereka selalu rajin mengkritik.
Sekurang-kurangnya, kritikan-kritikan itu akan membuatkan kita berjaga-jaga agar tidak sewenang-wenangnya kita bertindak, lebih teliti dalam segala tindakan dan percakapan kita serta tidak merasa terlalu selesa berada di bangku teratas.



Terima Kasih

Sebab itulah, terima kasih pada orang yang selalu mahu mengkritik dan menegur diriku !

Kerana kita manusia, tidak selalunya tepat dalam segala tindakan mahupun keputusan kita. Ada masa kita akan salah. Ada masa kita akan terdedah kepada kekurangan dan kesilapan. Tidak kiralah siapapun kita. Kita seorang pemimpin berjawatan besar ke, kita seorang ayah ke, kita seorang pemimipin Negara ke,kita seorang pekerja syarikat ke, kita seorang pelajar ke, kita seorang ahli biasa ke, siapapun kita, kita tidak sesekali maksum daripada silap dan salah.

Maka, bersyukurlah kritikan itu hadir mengingatkan kita agar sentiasa selalu mahu bermuhasabah, bergerak untuk bertaubat, membetulkan kesalahan serta bergerak dalam keadaan yang lebih baik.

Dalam satu hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud :

“Setiap anak Adam itu melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan itu adalah yang selalu bertaubat.” [HR Tirmizi, Ibn Majah]

Oleh itu,terima kasihlah kepada mereka yang selalu mahu mengkritik kita kerana sekurang-kurangnya itu tanda mereka prihatin dengan apa yang kita selalu lakukan dan fikirkan. Barangkali mereka sayang dan cakna pada diri kita, tetapi menunjukkannya dalam bentuk yang lain daripada lain. Mungkin dengan cara yang sedikit kurang selesa.

Terima kasih juga kepada mereka yang selalu mengkritik dan menegur kita kerana telah membuatkan kita sedar diri dan menyeimbangkan antara pujian dan teguran yang kita terima. Terlalu banyak pujian pun tidak baik sebenarnya. Menyebabkan kita merasa terlalu selesa dengan apa yang sedang kita lakukan. Bila kita telah selesa dengan cara fikir dan cara bertindak kita, maka kita akan susah untuk keluar dari lingkaran keselesaan itu. Kita akan selalu fikir bahawa kita sahaja yang betul, dan mungkin kita fikir bahawa kita hanya kurang tepat dalam membuat keputusan malah bukannya salah sekali pun. Tetapi ia sebenarnya memang salah.

(Kita tidak dapat melihat diri sendiri tanpa cermin yang suka mengkritik wajah kita).

Terima kasihlah juga kepada mereka yang selalu mengkritik kerana dengan kritikan mereka itu menyebabkan cara fikir kita menjadi tajam dan kita pun belajar untuk lebih kritikal dan berhati-hati dalam setiap tingkah laku, tutur kata mahupun dalam membuat keputusan yang tepat.

Cuba Memahami

Kadangkala, perbezaan yang disebabkan oleh kritikan atau teguran itu hanya pada beberapa sudut sahaja.

Misalnya ada yang tidak bersetuju dengan saya kerana cara kerja saya yang terlalu lambat atau cara saya berfikir  yang tidak berpandukan ilmu yang betul, idea saya yang tidak relevant,  atau kerana terdapat segelinitir tingkah laku saya yang agak melampau dan mungkin tidak disenangi oleh mereka yang saya sendiri tidak sedar denganya, maka mereka mengkritik dan menegur saya.

Ataupun ada perbezaan dari sudut pendapat di dalam gerak kerja berkumpulan. Maka ketika perbincangan, ada di antara ahli kumpulan yang lantang mengkritik idea-idea ahli lain. Mungkin ahli lain tidaklah selantang dirinya ataupun kurang mengkritik, akan menjadi kurang selesa dengan tindakan-tindakannya yang selalu mahu mengkritik itu.

Tetapi, tidak mengapalah, biarkan saja mereka mengkritik. Orang yang banyak mengkritik itu, biasanya akalnya kritikal dalam berfikir kerana memandang dari banyak sudut. Ia tidak mudah-mudah bersetuju pada satu-satu idea atau tindakan melainkan setelah dia benar-benar melihat dan menilai keseimbangan kebaikan dari idea itu atau tindakan itu. Barangkali, pada satu idea yang dipersetujui hampir kebanyakan orang, mereka yang selalu mengkritik itu, mula melihat pula keburukan perlaksanaan idea itu dari sudut yang lain yang tidak difikirkan oleh orang lain.

Memang benar, kritikan atau teguran itu tidak semuanya benar dan tidak semuanya perlu diterima. So, pandai-pandai la kita muhasabah dan tapis setiap kritikan itu.

Namun, ada banyak perkara yang kadangkala kita belajar dari orang yang mengkritik kita.

Dr Salman Auda pernah menyebut perihal menerima kritikan orang ini :

“Wahai musuhku, terima kasih padamu.
Engkaulah yang telah mengajarkanku bagaimana harus mendengar kepada kritikan – hatta kritikan itu kritikan yang menyakitkan hati – tanpa harus bersikap malu. Engkaulah yang telah mengajarkanku bagaimana untuk terus maju ke depan tanpa ada keraguan, walaupun setelah mendengar cacian dan hinaan yang menjatuhkanku.
Ini adalah benar-benar pelajaran penting yang tidak dapat dipelajari dari buku. Ia hanya dapat dipelajari melalui pengalaman yang Allah berikan kepada kita. Pada awalnya, ia mungkin terasa begitu pahit, tetapi seseorang itu haruslah belajar untuk berdepan dengannya.” 
[My Enemies. I Thank You !]




Mereka Mampu Terima, Kita ???

Lihat apa yang telah dilakukan oleh generasi para sahabat dahulu. Dalam keputusan Rasulullah s.a.w., Umar Al-khattab antara orang yang selalu tidak bersetuju dengan keputusan Rasul s.a.w. Pandangan Umar selalu berbeza dengan Rasulullah s.a.w. Dalam peristiwa tawanan perang Badar, Umar berbeza dengan Rasulullah s.a.w. Abu Bakar dengan keputusannya yang menyuruh agar dipancung saja tawanan perang ini. Dalam peristiwa Hudaibiyah, Umar tidak bersetuju pada mulanya perjanjian yang dimeterai oleh Rasulullah s.a.w. itu dan telah mengkritik perjanjian yang nampak berat sebelah itu walaupun pada akhirnya Umar redha dengan keputusan Rasulullah.

Aisyah r.anha antara isteri Nabi, sahabiah yang banyak mengkritik kefahaman-kefahaman yang dibawa oleh para sahabat Nabi s.a.w. melalui hadis Nabi s.a.w.

Umar Al-Khattab banyak kali berbeza dengan Khalid sehingga di zaman Umar, Khalid pernah dipecat  daripada kedudukannya sebagai panglima tentera. Bukanlah kerana ada masalah peribadi antara mereka berdua, tetapi kerana Umar bimbang ummat akan menyangka bahawa kemenangan itu disebabkan adanya Khalid, sedangkan setiap kemenangan dalam peperangan diberikan oleh Allah. Khalid walaupun beberapa kali berbeza dengan Umar, namun Khalid tidak pernah memandang negatif terhadap keputusan Umar. Khalid tetap menerimanya dalam keadaan redha.

Khalid pernah dipecat Umar dari jawatannya di Syria. Ada seorang sahabat yang kemudiannya berpesan kepada Khalid :

“Sabarlah wahai ketua, ia adalah waktu permulaan kepada fitnah.”

Lantas Khalid menjawab :

“Selagi anak Khattab ini hidup, fitnah tidak akan berlaku !”

Di zaman Umar juga, ada seorang wanita yang bangun di tengah-tengah khutbah Umar dan mengkritik pendapat Umar tentang jumlah mahar untuk wanita. Umar menerima kritikan itu dan mengubah pendapatnya.
Begitulah antara contoh yang berlaku di zaman Nabi s.a.w. Kritikan dan teguran tidaklah menjadikan mereka berpecah dan terasa hati, tetapi diterima sebagai satu saranan memperbaiki lagi diri mereka.

 Konklusi

Benar, tidak senang menelan kritikan atau teguran. Apalagi kalau kritikan itu datang dari seorang anak muda kepada seorang tua, dari seorang ahli bawahan biasa kepada seorang pimpinan tertinggi jawatan, dari seorang pelajar kepada seorang maha guru, daripada seorang rakyat kepada seorang pemimpin Negara.

Tetapi, tidak ada salahnya kita duduk seketika dalam keadaan terbuka dan lapang dada, mendengar sebahagian kritikan yang disampaikan. Kerana itu pendapat mereka yang perlu dihormati.

Kalau kritikan itu benar, barangkali ada langkah yang perlu kita muhasabah kembali. Tidak ada salahnya kita mendengar, menerima dan bertukar pendapat dengan orang yang mengkritik kita kerana barangkali dia mampu membantu kita menjadikan kita lebih baik, hurmm...mungkin.

Kalau kritikan itu tidak benar dan sengaja diadakan untuk menjatuhkan kita, maka berusahalah menyampaikannya semula kepada pelakunya dengan cara yang lebih baik...ok..??

Kata Dr Salman Auda :

“Aku merasa gembira bila mengingatkan semula bagaimana Allah membantuku menahan diriku yang mengelakkan aku daripada terjatuh ke dalam perdebatan yang sia-sia dan tiada asasnya, jenis debat yang sengaja dihangat-hangatkan, yang akan menyebabkan penghinaan ke atas diriku tanpa dapat dielakkan – sama ada mengetahui atau tidak –kepada tahap pertikaian untuk memenangkan egoku sahaja tanpa berusaha mencari kebenaran.” 
[My Enemies, I Thank You]

Semoga Allah lapangkan dada kita menerima kritikan orang lain dalam rangka pembaikan diri.

Semoga Allah bersihkan juga jiwa orang yang mengkritik agar kritikannya itu benar-benar dalam rangka membina dan membantu orang yang dikritiknya, bukanlah kerana ingin menjatuhkannya.

*dalam rancangan reality TV pun ada pengkritik tetap kan…untuk apa…??? Semestinya untuk membantu kita meningkatkan lagi mutu persembahan kita, kan... : )