Jika mahu dibandingkan antara orang yang selalu memuji-muji
diriku dengan orang yang selalu
mengkritik diriku, mungkin aku lebih sukakan orang yang selalu mengkritik
diriku.
Betul ke..???
Kritikan, teguran, marahan atau apa jua yang sewaktu
dengannya itu sekurang-kurangnya memberikanku manfaat dari sudut ingin membaiki
dan meningkatkan lagi diriku.
Tetapi dipuji, diangkat-angkat kemuliaan diri
kita itu selalunya membuatkan kita mudah merasa lupa diri, selesa dan paling bahaya
membuatkan kita rasa kita sudah cukup baik ! (baik ke ?)
Kadang-kadang, kita merasakan diri sudah cukup baik, akan
menyebabkan kita terhenti daripada terus maju dalam berfikir dan bertindak.
Kita masih berfikir dan bertindak tetapi di tahap yang sama. Kita tidak mampu
berfikir dan bertindak di tahap yang lebih baik.
Oleh sebab itulah Umar Al-Khattab r.a. pernah berkata saat dia
dilantik menjadi khalifah :
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang menjadikan di
kalangan rakyat Umar, mereka yang akan membetulkan penyelewengan Umar dengan
mata pedang mereka !”
Tengok bukan sekadar kritikan atau teguran melalui
kata-kata, tapi menggunakan mata pedang lagi !
Kita Perlu Faham
Ya, saya akui tidak mudah untuk menelan kritikan atau
teguran begitu sahaja. Kerana teguran atau kritikan itu biasanya pahit dan
kadang-kadang pedas, maka menelan ubat yang pahit untuk tujuan penyembuhan dan
pembaikan diri daripada penyakit itu sememangnya sukar. Namun jika tidak ditelan, mungkin kita akan lebih sakit.
Tetapi suka diingatkan bahawa pahit tidak semestinya terus dibuang, manis tidak semestinya terus ditelan.
Pedulikan dulu soal benar atau salah kritikan atau teguran
yang kita terima itu.
Pedulikan juga dahulu bagaimana cara ia disampaikan.
Sekarang, kita harus pandang adalah pada bagaimana kita
menerimanya?
Meskipun sukar untuk menelannya, tetapi ia adalah lebih baik
daripada kita selalu mahu bersikap defensive dan menangkis segala kritikan dan
teguran yang disampaikan.
Bersyukurlah sekurang-kurangnya masih ada yang mahu
membetulkan kita, mahu melihat kita menjadi lebih baik, dan menggerakkan kehidupan dengan
cara lebih baik atau lebih mudah, masih ada yang mahu memberi perhatian kepada
kita.
Kalau kita seorang pemimpin, lebih-lebih lagilah kita perlu
merasa nikmat mempunyai anggota bawahan yang prihatin, sentiasa mahu terlibat
dalam perubahan sehingga menyebabkan mereka selalu rajin mengkritik.
Sekurang-kurangnya, kritikan-kritikan itu akan membuatkan
kita berjaga-jaga agar tidak sewenang-wenangnya kita bertindak, lebih teliti dalam
segala tindakan dan percakapan kita serta tidak merasa terlalu selesa berada di
bangku teratas.
Terima Kasih
Sebab itulah, terima kasih pada orang yang selalu mahu
mengkritik dan menegur diriku !
Kerana kita manusia, tidak selalunya tepat dalam segala
tindakan mahupun keputusan kita. Ada masa kita akan salah. Ada masa kita akan
terdedah kepada kekurangan dan kesilapan. Tidak kiralah siapapun kita. Kita
seorang pemimpin berjawatan besar ke, kita seorang ayah ke, kita seorang
pemimipin Negara ke,kita seorang pekerja syarikat ke, kita seorang pelajar ke,
kita seorang ahli biasa ke, siapapun kita, kita tidak sesekali maksum daripada silap dan salah.
Maka, bersyukurlah kritikan itu hadir mengingatkan kita agar
sentiasa selalu mahu bermuhasabah, bergerak untuk bertaubat, membetulkan
kesalahan serta bergerak dalam keadaan yang lebih baik.
Dalam satu hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud :
“Setiap anak Adam itu melakukan kesalahan dan
sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan itu adalah yang selalu bertaubat.”
[HR Tirmizi, Ibn Majah]
Oleh itu,terima kasihlah kepada mereka yang selalu mahu mengkritik kita kerana sekurang-kurangnya itu tanda mereka prihatin dengan apa yang kita selalu lakukan dan fikirkan. Barangkali mereka sayang dan cakna pada diri kita, tetapi menunjukkannya dalam bentuk yang lain daripada lain. Mungkin dengan cara yang sedikit kurang selesa.
Terima kasih juga kepada mereka yang selalu mengkritik dan menegur kita kerana telah membuatkan kita sedar diri dan menyeimbangkan antara pujian dan teguran yang kita terima. Terlalu banyak pujian pun tidak baik sebenarnya. Menyebabkan kita merasa terlalu selesa dengan apa yang sedang kita lakukan. Bila kita telah selesa dengan cara fikir dan cara bertindak kita, maka kita akan susah untuk keluar dari lingkaran keselesaan itu. Kita akan selalu fikir bahawa kita sahaja yang betul, dan mungkin kita fikir bahawa kita hanya kurang tepat dalam membuat keputusan malah bukannya salah sekali pun. Tetapi ia sebenarnya memang salah.
(Kita tidak dapat melihat diri sendiri tanpa cermin yang suka mengkritik wajah kita).
Terima kasihlah juga kepada mereka yang selalu mengkritik kerana dengan kritikan mereka itu menyebabkan cara fikir kita menjadi tajam dan kita pun belajar untuk lebih kritikal dan berhati-hati dalam setiap tingkah laku, tutur kata mahupun dalam membuat keputusan yang tepat.
Cuba
Memahami
Kadangkala, perbezaan yang disebabkan oleh kritikan atau
teguran itu hanya pada beberapa sudut sahaja.
Misalnya ada yang tidak bersetuju dengan saya kerana cara
kerja saya yang terlalu lambat atau cara saya berfikir yang tidak berpandukan ilmu yang betul, idea saya yang tidak relevant, atau
kerana terdapat segelinitir tingkah laku saya yang agak melampau dan mungkin
tidak disenangi oleh mereka yang saya sendiri tidak sedar denganya, maka mereka
mengkritik dan menegur saya.
Ataupun ada perbezaan dari sudut pendapat di dalam gerak
kerja berkumpulan. Maka ketika perbincangan, ada di antara ahli kumpulan yang
lantang mengkritik idea-idea ahli lain. Mungkin ahli lain tidaklah
selantang dirinya ataupun kurang mengkritik, akan menjadi kurang selesa dengan
tindakan-tindakannya yang selalu mahu mengkritik itu.
Tetapi, tidak mengapalah, biarkan saja mereka mengkritik.
Orang yang banyak mengkritik itu, biasanya akalnya kritikal dalam berfikir
kerana memandang dari banyak sudut. Ia tidak mudah-mudah bersetuju pada
satu-satu idea atau tindakan melainkan setelah dia benar-benar melihat dan
menilai keseimbangan kebaikan dari idea itu atau tindakan itu. Barangkali, pada
satu idea yang dipersetujui hampir kebanyakan orang, mereka yang selalu
mengkritik itu, mula melihat pula keburukan perlaksanaan idea itu dari sudut
yang lain yang tidak difikirkan oleh orang lain.
Memang benar, kritikan atau teguran itu tidak semuanya benar
dan tidak semuanya perlu diterima. So, pandai-pandai la kita muhasabah dan
tapis setiap kritikan itu.
Namun, ada banyak perkara yang kadangkala kita belajar dari
orang yang mengkritik kita.
Dr Salman Auda pernah menyebut perihal menerima kritikan
orang ini :
“Wahai musuhku, terima kasih padamu.
Engkaulah yang telah mengajarkanku bagaimana harus
mendengar kepada kritikan – hatta kritikan itu kritikan yang menyakitkan hati –
tanpa harus bersikap malu. Engkaulah yang telah mengajarkanku bagaimana untuk
terus maju ke depan tanpa ada keraguan, walaupun setelah mendengar cacian dan
hinaan yang menjatuhkanku.
Ini adalah benar-benar pelajaran penting yang tidak
dapat dipelajari dari buku. Ia hanya dapat dipelajari melalui pengalaman yang
Allah berikan kepada kita. Pada awalnya, ia mungkin terasa begitu pahit, tetapi
seseorang itu haruslah belajar untuk berdepan dengannya.”
[My
Enemies. I Thank You !]
Mereka
Mampu Terima, Kita ???
Lihat apa yang telah dilakukan oleh generasi para sahabat
dahulu. Dalam keputusan Rasulullah s.a.w., Umar Al-khattab antara orang yang
selalu tidak bersetuju dengan keputusan Rasul s.a.w. Pandangan Umar selalu
berbeza dengan Rasulullah s.a.w. Dalam peristiwa tawanan perang Badar, Umar
berbeza dengan Rasulullah s.a.w. Abu Bakar dengan keputusannya yang menyuruh
agar dipancung saja tawanan perang ini. Dalam peristiwa Hudaibiyah, Umar tidak
bersetuju pada mulanya perjanjian yang dimeterai oleh Rasulullah s.a.w. itu dan
telah mengkritik perjanjian yang nampak berat sebelah itu walaupun pada
akhirnya Umar redha dengan keputusan Rasulullah.
Aisyah r.anha antara isteri Nabi, sahabiah yang banyak
mengkritik kefahaman-kefahaman yang dibawa oleh para sahabat Nabi s.a.w.
melalui hadis Nabi s.a.w.
Umar Al-Khattab banyak kali berbeza dengan Khalid sehingga
di zaman Umar, Khalid pernah dipecat daripada kedudukannya sebagai panglima tentera.
Bukanlah kerana ada masalah peribadi antara mereka berdua, tetapi kerana Umar
bimbang ummat akan menyangka bahawa kemenangan itu disebabkan adanya Khalid,
sedangkan setiap kemenangan dalam peperangan diberikan oleh Allah. Khalid
walaupun beberapa kali berbeza dengan Umar, namun Khalid tidak pernah memandang
negatif terhadap keputusan Umar. Khalid tetap menerimanya dalam keadaan redha.
Khalid pernah dipecat Umar dari jawatannya di Syria. Ada
seorang sahabat yang kemudiannya berpesan kepada Khalid :
“Sabarlah wahai ketua, ia adalah waktu permulaan kepada
fitnah.”
Lantas Khalid menjawab :
“Selagi anak Khattab ini hidup, fitnah tidak akan berlaku
!”
Di zaman Umar juga, ada seorang wanita yang bangun di
tengah-tengah khutbah Umar dan mengkritik pendapat Umar tentang jumlah mahar
untuk wanita. Umar menerima kritikan itu dan mengubah pendapatnya.
Begitulah antara contoh yang berlaku di zaman Nabi s.a.w.
Kritikan dan teguran tidaklah menjadikan mereka berpecah dan terasa hati,
tetapi diterima sebagai satu saranan memperbaiki lagi diri mereka.
Konklusi
Benar, tidak senang menelan kritikan atau teguran. Apalagi
kalau kritikan itu datang dari seorang anak muda kepada seorang tua, dari
seorang ahli bawahan biasa kepada seorang pimpinan tertinggi jawatan, dari
seorang pelajar kepada seorang maha guru, daripada seorang rakyat kepada
seorang pemimpin Negara.
Tetapi, tidak ada salahnya kita duduk seketika dalam keadaan
terbuka dan lapang dada, mendengar sebahagian kritikan yang disampaikan. Kerana
itu pendapat mereka yang perlu dihormati.
Kalau kritikan itu benar, barangkali ada langkah yang perlu
kita muhasabah kembali. Tidak ada salahnya kita mendengar, menerima dan
bertukar pendapat dengan orang yang mengkritik kita kerana barangkali dia mampu
membantu kita menjadikan kita lebih baik, hurmm...mungkin.
Kalau kritikan itu tidak benar dan sengaja diadakan untuk
menjatuhkan kita, maka berusahalah menyampaikannya semula kepada pelakunya
dengan cara yang lebih baik...ok..??
Kata Dr Salman Auda :
“Aku merasa gembira bila mengingatkan semula bagaimana
Allah membantuku menahan diriku yang mengelakkan aku daripada terjatuh ke dalam
perdebatan yang sia-sia dan tiada asasnya, jenis debat yang sengaja
dihangat-hangatkan, yang akan menyebabkan penghinaan ke atas diriku tanpa dapat
dielakkan – sama ada mengetahui atau tidak –kepada tahap pertikaian untuk
memenangkan egoku sahaja tanpa berusaha mencari kebenaran.”
[My
Enemies, I Thank You]
Semoga Allah lapangkan dada kita menerima kritikan orang
lain dalam rangka pembaikan diri.
Semoga Allah bersihkan juga jiwa orang yang mengkritik agar kritikannya itu benar-benar dalam rangka membina dan membantu orang yang dikritiknya, bukanlah kerana ingin menjatuhkannya.
.jpg)

.jpg)
No comments:
Post a Comment