**AMARAN..!!!...article dibawah tidak mempunyai gambar...
************
Aku memandang jari-jemariku. Kuku merah jambu dan bercampur keputih-putihan kuperlihatkan. Ibu jari bermain sebentar dengan empat lagi adik beradiknya yang lain. Kemudian kulandaskan semuanya ke lantai musolla. Keluhan berat terlepas.
Nombor 24 daripada 25 orang ahli Kelas Tingkatan
Tiga Amanah.
“Tahniah
Aiman. Tahniah. Kau baru sahaja berjaya melakarkan diri sebagai kedua tercorot
di dalam kelas.” Aku memerli dan mencemuh diri sendiri. Mengeluh. Dan mengeluh
lagi.
Kemudian
aku memrebahkan badan aku. Baring. Memandang bumbung surau yang agak using itu.
Pelbagai
rasa datang menerpa diriku ini.
Sedangkan
pada peperiksaan akhir tahun Tingkatan Dua, aku mendapat tempat pertama.
Seakan-akan terasa ironinya apabila aku naik ke pentas mengambil hadiah nombor
satu tingkatan dua, tatkala keputusan peperiksaan pertengahan tahunku, aku
adalah ke kedua tercorot. Majlis penyampaian hadiah tahun ini seakan majlis
ejekkan bagi aku pula rasanya.
Apa dah
terjadi kepada diri aku nie?
Aku
melepaskan keluhan lagi. Nafas lemah keluar dari rongga. Perlahan-lahan.
Kadang-kadang sedikit laju. Tutup mata. Gelap. Malas memikirkan semuanya.
Dan bunyi telapak kaki memijak lantai kayu surau
mula membingitkan suasana tenang tadi.
Pelajar-pelajar
tamat kelas dan mula bersiap sedia untuk Solat Zohor berjemaah.
Pejam mata.
Malas nak bercakap dengan sesiapa.
Sebelum
waktu zohor masuk, aku ingin tidur. Tidak mahu pedulikan apa-apa.
******
“Aiman.” Satu suara memanggil.
Aku yang sedang mengikat tali kasut, mengangkat kepala.
Sir Khalid. Guru baru disekolahku ini. Juga merangkap Penolong
Kanan Pentadbiran. Antara guru yang tajam memerhatikan segala gerak-geriku
sejak kebelakangan ini.
“Bagaimana keadaan awak sekarang? Mendaki ataupun menurun.
Atau terus terjunam?” Kedengaran agak sinis. Tambah dengan pincingan matanya
yang diiringi sengihan itu, seperti panah yang menusuk jiwaku.
Aku menundukkan kepalaku semula. Menyempurnakan ikatan tali
kasutku.
“Tak tahu la Sir. Saya tak tahu.” Endah tak endah aku
menjawab.
Siap. Aku bangun. Tetapi aku tidak jadi melangkah. Rupanya
Sir Khalid masih berdiri di hadapanku.
“Awak kene usaha lagi. Jangan malas-malas. Sekarang sudah
bukan masanya untuk awak bermain-main lagi. Focus belajar!” dan kemudian Sir
Khalid berlalu pergi.
Aku menghantarnya dengan pandanganku sahaja.
Mengeluh.
Aku sebenarnya agak tertekan dengan situasi ini. Mengeleng.
Aku menyeluk dua tanganku ke dalam saku seluar,dan membuka langkah ke dewan
makan sambil menyepak-yepak anak-anak batu di jalanan. Selera makan tengahariku
hilang apabila disapa Sir Khalid.
“Di sini, bersama kita ada pelajar yang pada tahun lepas
mendapat tempat pertama di dalam kelasnya. Tetapi pada peperiksaan pertengahan
tahun ini, dia mendapat tempat kedua tercorot di dalam kelasnya. Orangnya
selama ini aktif. Debat. Pidato. Sukan. Pengawas. Ahli jawatankuasa BADAR.
Semuanya dia ceburi. Tetapi malang, prestasinya dalam pembelajaran semakin hari
semakin merosot.”
Suara Sir Khalid di atas musolla semasa perhimpunan
calon-calon peperiksaan PMR dan SPM bergema.
“Maka di sini Sir ingin mencabar pelajar tersebut, untuk
naik semula. Menjadi seorang yang cemerlang. Sekiranya cabaran Sir ini tidak
disahut, Sir akan mengecapnya sebagai seorang yang penakut!”
Dan seluruh isi musolla ketika itu tertawa, sambil rata-rata
memandang kepadaku.
Aku ketika itu hanya mampu menundukkan wajah, dan mengetap
bibir.
Mataku bergenangan.
Aku tertekan.
******
“Kenapa muka muram nie Aiman? Selalunya awak caria saja.”
Aku berbaring kepenatan di atas gelanggang bola tampar
sambil memerhatikan gelagat burung-burung yang bermain di awan biru. Aku
memandang tuan punye suara yang bertanya. Ustaz Lutfi merapati. Duduk disebelah
pembaringanku.
“Tension.”
Ustaz Lutfi tertawa memperlihatkan gigit yang kekurangan
itu. “Ini mesti sebab baru-baru ini dapat dua tercorot kan?”
Aku sekadar mengangkat keningku dua kali tanda ya. “Orang
bagi pressure banyak la pada saya. Saya tension. Lagi-lagi Sir Khalid. Saya
rasa macam kene himpit. Hari-hari dia tanya. Walupon sudah tahu jawapannya.”
“Sebenarnya, Sir Khalid pun minta saya agar tidak benarkan
awak ikut latihan Bola Tampar lagi.”
“Ya?” aku bangun bersila menghadap Ustaz Lutfi. “Kenapa Sir
Khalid tu macam tak suka pada saya? Guru-guru lain pun ada yang pandang sinis
dengan saya. Kalau bercakap tu, macam peril sahaja semuanya.”
“Haishh. Mana ada. Bersangka baiklah. Semua ingin yang
terbaik daripada awak. Semua yakin awak boleh berikan yang terbaik.”
“Saya dah berusaha dah ustaz. Mungkin inilah saya. Memang
belajarnya tak cemerlang. Nak buat macam mana lagi?” aku meluahkan perasaan.
Membongkokkan tubuh memandang lantai gelanggang. Sambil tangan liar mengutip
anak-anak batu kecil disekitar.
“ Aiman, kadang-kadang itu kita perlukan orang lain untuk
sedarkan kita potensi kita. Saya sendiri rasa awak ada kekuatan untuk buat yang
lebih baik.”
“Habis, ustaz rasa saya patut berhenti main bola tampar?”
“ Terpulang. Sebenarnya Aiman, masalahnya adalah bagaimanan
awak bahagikan masa dan disiplinkan diri. Sukan, tugas sebagai pengawas,
tugasan BADAR, dan belajar. Kene pandai bahagikan prioriti. Banyak kerja yang
boleh dibahagi-bahagikan dengan kawan-kawan lain. Bukan semuanya kita kene buat
sendiri. Barulah efisyen dan proaktif. Dan tak mambebankan diri.”
Aku tersenyum. “Ustaz memang terbaiklah.”
“Sir Khalid terbaik juga. Guru-guru lain semuanya terbaik.
Awak sahaja yang tak tahu.” Ustaz Lutfi memberikan senyuman balas sambil
menepuk-nepuk belakang tubuhku.
******
Aku bukanla pelajar pandai. Tetapi aku lebih merasakan
diriku ini bernasib baik sahaja. Aku tidak pernah merasakan aku layak untuk
mendapat 5A semasa UPSR. Aku juga tak pernah rasa aku layak mendapat tempat
pertama semasa tingkatan satu dan dua.
Aku bukan seperti sahabat-sahabatku yang lain, yang sanggup
bersengkang mata menghadap buku-buku sampai lewat malam. Kalau bersengkang mata
bersembang itu aku sangguplah. Tetapi hendak memandang barisan kata-kata,
urusan latihan dan di tambah dengan formula-formula yang seolah-olah tidak suka
pada diri aku ini, memang itu bukan Aiman la jawabnya.
Dan apabila guruku membosankan, aku mula menyusun
cerita-cerita untuk disembangkan bersama rakan. Kalau tidak pun. Aku tidur
sahaja di dalam kelas. Aku cepat bosan dengan perkara yang statik. Aku juga
cepat hilang minat dengan penyampaian yang tidak menarik. Aku sukakan perkara
yang bergerak dan memberikan kepuasan. Sebab itu aku suka aktiviti Kokurikulum
berbanding kurikulum. Asal ada sahaja perlawanan sukan. Aku mulakan sibukkan
diri untuk menyertainya. Tidak kira apa sahaja sukan pun. Asalkan tidak masuk
kelas.
Tetapi sekarang, aku ditekan untuk mendapat keputusan yang
cemerlang.
Oh ya, satu lagi aku lupa, aku tak suka dipaksa. Aku suka
buat apa yang aku suka sahaja. Justeru, bertambahlah tekanan dalam diriku
apabila jatuh dalam suasana begini. Ini tidak dicampur dengan leteran ibu bapa
aku lagi di setiap hujung minggu. Mereka pasti datang melawat aku.
Ustaz Zul, guru yang menguruskan persatuan memanggilku pada satu hari.
“Aiman, ada satu benda sikit nak minta bantuan awak nie.”
“Eh, apa dia?”
“Awak kene dapat 9A masa PMR nanti.”
“Oh.” Aku mula rasa kurang enak. Ustaz Zul pun nak main bagi
tekanan juga?”
“Saya serius nie. Sebab guru-guru akan buat keputusan
berdasarkan keputusan peperiksaan awak nanti.”
“Ha..? Keputusan apa yang guru-guru nak buat?”
“Melarang sepenuhnya penyertaan pelajar-pelajar tingkatan
tiga dan lima dalam apa sahaja aktiviti Kokurikulum Sekolah.”
Baru sahaja seperti termotivasi dengan bicara Ustaz Lutfi
tempoh hari, selepas mendapat berita itu aku terasa seperti dihempap batu yang
besar pula.
Ya Allah, kenapa aku mesti ada di tengah-tengah masalah ini?
“Habis Ustaz, saya perlu buat ape?”
“Awak kene fikirlah.”
Tahniah. Bagilah cadangan. Aku mula mengejek.
Sekarang bagaimana. Aiman? Aku membisik diri.
******
PMR semakin hampir. Aku semakin sempit. Tiga minggu lagi
sudah Peperiksaan Percubaan.
Aku masih rasa aku sama seperti dahulu. Sebab sepanjang
latihan-latihan yang diberikan oleh guru-guruku, markahku masih menunjukkan
kecorotan yang melampau.
“Aiman, awak nie macam mana sebenarnya?” Cikgu Suhada
bersuara apabila memberikan kertas latihan Sejarah yang terbaru kepadaku. Pada
kertas tersebut terpampang markah. Tulisan merah. Dan dibulat besar. Rendah.
“Benda-benda yang senang pun awak tak boleh jawab.?”
“Dah saya tak tahu Cikgu.” Aku menggaru-garu kepala aku yang
tidak gatal, sambil sebelah lagi menyambut kertas yang diberi.
Cikgu Suhada menggeleng kepala. “ Kita sekarang nie latih
tubi sahaja Aiman. Siliibus pelajaran dah habis.
Dan mustahil Cikgu nak
luangkan masa dengan awak seorang sahaja, sebab ada lagi 257 pelajar tingkatan
tiga yang perlukan Cikgu. Awak kene fikirkan macam mana nak catch up balik
perkara-perkara yang awak terlepas nie. Kalau beginilah awak, jangan kata A, C
pun payah nak dapat.”
Ouch. Satu kata-kata yang amat tidak memotivasikan di situ
wahai Cikgu Suhada. Aku menggeleng.
“Jangan hancurkan harapan orang-orang yang percaya kepada
awak Aiman.”
“Eh?” Kata-kata Cikgu Suhada itu membuatkan aku menatap
wajahnya semula.
“Guru-guru bermesyuarat. Antara isu yang naik adalah hal
awak. Ada guru cadang untuk biar awak letak jawatan pengawas. Juga tak perlu
lagi uruskan BADAR. Ada yang cadang awak tak patut masukapa-apa pertandingan
sukan yang akan berlangsung lepas Peperiksaan Percubaan ini. Macam-macam.”
“Jadi, keputusannya?”
“Ummi Khadijah tak benarkan. Ummi Khadijah kata, dia percaya
awak mampu berikan yang terbaik.”
Dan bicara Cikgu Suhada itu merenjatkan jiwaku.
Ummi Khadijah…..
******
“Assalamualaikum. Apa khabar ummi?” aku melangkah masuk ke
pejabat Ummi Khadijah.
Namanya Khadijah binti Ismail. Tetapi seluruh warga sekolah
ini memanggilnya dengan gelaran ‘Ummi’. Mungkin kerana dia adalah isteri kepada
Pengetua Sekolah dan merangkap Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Entah. Aku
sendiri pun tidak pasti mengapa orang memanggilnya Ummi. Namun dia memang
seperti Ummiku sendiri.
“ Waalaikumussalam. Aiman , masuk-masuk. Mari duduk.” Ummi
menyambutku dengan wajah ceria. Seperti biasa.
Hubungan aku dengan Ummi amat erat. Berbanding
pelajar-pelajar lain terhadap Ummi. Aku diibaratkan sebagai anak emasnya di
sekolah ini. Mungkin kerana aku wakil sekolah untuk Pertandingan Pidato. Aku
mula rapat dengan Ummi pun kerana Ummi banyak melatihku dalam hal itu.
Sampai ada satu kata-kata yang pernah disebut oleh guru-guru
lain:
“Kalau Ummi tu ada anak perempuan lagi, Aiman, kamu mesti
dah jadi menantu dia.”
Kata-kata itu lebih bernada peril kepadaku. Mungkin kerana
Ummi banyak mempertahankan aku.
“Ummi kecewa dengan Aiman?” Aku risau itulah isunya aku
dipanggil ke bilik ini.
Ummi tertawa. Menggeleng. “Aiman, Ummi panggil ini bukan
sebab Ummi kecewa. Tetapi sebab Ummi percaya dengan Aiman.”
Aku mengerutkan dahi. Apa maksudnya?
“Minggu ini, Sekolah berhajat untuk menghantar 30 orang
pelajar lelaki dan 30 orang pelajar perempuan, yang menjadi harapan sekolah
untuk mendapat 9A. Mereka akan dihantar ke satu kem Motivasi oleh seorang Pakar
Motivasi terkenal di Negara kita ini.”
“Oh.” Jadi apa kene mengenanya dengan aku? Aku kedua
tercorot. Semestinya bukan dalam senarai sekolah untuk dihantar ke kem itu.
Atau Ummi sengaja hendak mencetuskan motivasi menggunakan teknik cemburu? Aku
cemburu tak dapat pergi, maka aku akan berusaha kuat? Begitu?
“Jadi, Ummi?” Aku bertanya. Sebab aku memang tertanya-tanya.
“Jadi, Ummi nak Aiman pergi. Boleh?”
Mata aku membesar. Biar betul. “Eh? Tadi Ummi kata untuk
pelajarr harapan sekolah.”
“Betul. Aiman adalah pelajar harapan Ummi dan seluruh
sekolah juga bukan?” Ummi tersenyum.
Aku menghela nafas. “Aiman tak mampu Ummi. Aiman rasa berat
sangat apabila fikir yang Aiman macam tak tahu apa-apa pasal pelajaran.
Lagi-lagi subjek Sejarah,Sains, Matematik dan Kemahiran Hidup. Memang hancus,
Ummi. Hancussss.” Aku memanjangkan ‘sssss’.
“Aiman anak Ummi. Ummi anggap Aiman memang macam anak Ummi
sendiri. Ummi amat yakin dengan Aiman. Guru-guru lain pun sama sebenarnya.”
“Yakah? Kenapa guru-guru lain macam ada yang tak suka dengan
Aiman? Ada yang sinis. Ada yang beri tekanan. Aiman makin rasa tak mampu Ummi.”
“Aiman, bukan semua manusia sama. Dan bukan semua manusia
melihat seseorang itu dengan pandangan yang sama. Ada guru memandang, dengan meletakkan
tekanan barulah Aiman boleh keluarkan potensi Aiman yang sebenar. Ada guru pula
fikir, Aiman ni perlu dikejutkan dengan sindiran dan kesinisan mereka. Agar
Aiman tercabar dan bergerak. Ada pula yang fikir, Aiman ini perlu didodoi,
barulah hendak bangkit kembali. Masing-masing bergerak dengan cara
masing-masing. Tetapi semuanya mempunyai harapan terhadap Aiman. Aiman kena
pandang begitu.” Panjang lebar Ummi berbicara.
Aku diam. Luas sungguh pandangan wanita tua ini. Ummi.
“Sekarang ini, apa kata Aiman terima sahaja pelawaan Ummi
ini. Boleh?”
Aku memandang wajah tua Ummi yang tersenyum itu.
Perempuan berumur ini, benar-benar mengasihiku.
Apa yang perlu aku lakukan untuk membalas kasihnya?
“Baik Ummi. Aiman terima. Dan Aiman janji, Aiman takkan
rosakkan kepercayaan Ummi.”
Aku berazam.
******
Reality bahawa aku bukanlah orang yang memiliki daya study
yang sekuat pelajar-pelajar lain, tetapi bukanlah satu perkara yang boleh
dinafikan begitu sahaja. Maka aku perlu lakukan sesuatu.
Aku perlu kreatif.
Berbanding dengan menelaah pelajaran, membaca buku, apa kata
aku buat banyak latihan? Itu ideaku. Dann latihan-latihanku mestilah bermakna
untuk cemerlang di dalam peperiksaan. Tambahan pula, apabila aku mengikuti kem
motivasi tempoh hari, motivator tersebut ada berkata:
“Selagi masa masih ada, selagi itu harapan belum sirna.
Maka gunakanlah masa yang masih berbaki, lakukan sesuatu untuk mencapai
kecemerlangan dan menghapuskan kegagalan yang belum tertulis lagi.”
Maka aku memulakan langkahku. Strategiku.
Aku mengetuk pintu bilik guru. Bertemu dengan guru-guruku.
Daripada Cikgu Suhada, ku minta segala contoh soalan dan jawapan peperiksaan
Sejarah. Daripada Cikgu Ros, aku minta untuk pelajaran Sains. Daripada Sir
Muhammad, aku minta untuk soalan Matematik dan contoh formula mudah. Daripada
Cikgu Intan, aku minta untuk soalan Kemahiran Hidup. Untuk soalan Bahasa
Inggeris dan Bahasa Arab, aku banyak mengutip contoh-contoh soalan dan
karangan-karangan serta teknik mudah skor daripada Teacher Tini dan Ustazah Azura.
Untuk Bahasa Melayu, Geografi dan Pendidikan Islam, aku tidak gentar kerana
ketiga-tiganya itu sudah berada di dalam tangan.
Aku habiskan masa dengan latih tubi. Habis soalan, aku tanda
sendiri, bandingkan jawapanku dengan contoh jawapan. Salah. Aku baca contoh
jawapan tadi dan memerhatikan pula jawapanku, apa silapnya. Apa lainnya.
Aku juga mengubah suasana pembelajaranku. Tidak lagi duduk
dalam kelas semasa prep petang dan malam.
Aku akan pergi ke kelas junior
tingkatan dua atau tingkatan satu dan study di sana. Jika keadaan sedikit
bosan. Aku bergerak ke perpustakaan. Lebih nyaman. Aku juga menawarkan diri
kalau-kalau ada antara mereka yang inginkan aku mengajar mereka akan silibus
mereka.
Aku tidak lagi bermain di kala waktu riadhah selepas waktu
asar, melainkan ketika dipanggil untuk latihan bola tampar atau berjogging
sekadar mengambil angin petang di lereng bukit sekolah.
Aku siapakan jadual. Setiap hari dan setiap jam. Detail.
Waktu ini hendak buat apa dan apa. Hari ini subjek apa yang perlu difokuskan.
Dan latihan apa perlu ditingkatkan. Lagi dan lagi.
Dan selepas tiga minggu, tibalah aku ke gerbang Peperiksaan
Percubaan.
“Ini masanya untuk aku menunjukkan bukti perubahan aku.”
Dan aku ketuk gerbang itu dengan keyakinan.
******
Mungkin bukan antara yang mendapat 7, 8, atau 9A. Tetapi aku
sudah menunjukkan peningkatan yang membanggakan diriku. 5A 4B. berbanding
sebelum ini yang wujudnya C dan kurangnya A.
5A adalah Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Geografi,
Matematik dan Kemahiran Hidup.
Aku tersenyum. Tanda berpuas hati. Sedikit. Strategi aku
nampaknya menunjukkan positif.
Aku berasa lebih bersemangat.
“Aiman, bagaimana awak sekarang? Mendaki atau menjunam?” Sir
Khalid bertanya pertanyaan rutinnya itu. Dan sekarang aku dah ada jawapan yang
meyakinkan.
“Mendaki Sir. InsyaAllah terus mendaki.”
Sir Khalid tersenyum. Dan itu senyuman pertamanya kepadaku.
“Sir ada tips untuk lebih cemerlang?” Aku bertanya berani.
Dan senyuman Sir Khalid menjadi semakin lebar.
“Hubungan dengan Allah juga perlu diperhatikan.”
Aku terima saranan itu juga dengan senyuman.
Benar. Hubungan dengan Allah SWT. Siapa yang hendak
memberikan kecemerlangan? Kalau bukan Allah SWT. Usaha dah ada. Tetapi usaha
sahaja tidak mencukupi sebenarnya. Hubungan dengan Allah itu perlu dipereratkan
lagi.
Maka aku tambah di dalam jadualku. Solat Dhuha di waktu
rehat. Apabila loceng rehat berbunyi, aku akan bergegas ke kantin dan membeli
sepaket sandwich dan air kotak. Kemudian aku terus ke surau dan melaksanakan
solat Dhuha. Di dalam sujud terakhir, aku meminta kepada Allah agar Dia
membukakan pintu rezeki kecemerlangan dalam kehidupan buatku. Aku minta
keberkatan dalam usaha-usahaku. Aku sedikit sebak.
Aku tahu usahaku sedikit. Sangat-sangat sedikit.
Allah jugalah yang mampu mengeluarkan manfaat daripada
usaha-usahaku itu.
Sebab Allah yang memegang natijahnya. Bukan aku dan
usaha-usahaku.
Setiap kali sebelum tidur, Solat Hajat dan Taubat menjadi
rutin. Suasana asrama memudahkan juga, memandangkan lepas solat maghrib wajib
membaca Al-Mathurat dan Al-Quran, maka aku tidak sukar mencari masa membaca dan
menghayati kalam-kalam Allah tersebut.
Dan itu semua menambah kekuatanku.
Buat hati lebih tenang. Buat keyakinan bertambah. Buat semangat
memuncak.
Walaupun PMR kini semakin lama semakin hamper, aku langsung
tidak gentar.
******
“Macam mana hari ini?” Ustaz Khalid menyapaku yang baru
keluar dari barisan. Ada lima minit sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
Aku tersenyum.
“Saya tak akan rosakkan kepercayaan Ustaz.”
“Dan guru-guru yang lain.” Ustaz Khalid menyambung.
Senyumanku melebar.
“Ya. Dan guru-guru yang lain.”
Ummi Khadijah memerhatikan kami sambil tersenyum.
“Kepada calon-calon PMR, sila masuk ke dalam dewan sekarang.”
“Ok. Pergi sekarang. Saya doakan awak berjaya.” Ustaz Khalid
menepuk belakang tubuhku.
“Dan pelajar-pelajar yang lain.” Aku menyambung dengan
senyuman.
Ustaz Khalid membalas senyuman tanda setuju.
“Terima kasih ustaz. Semoga Allah makbulkan doa ustaz.” Aku terus
melangkah ke dalam dewan.
Di dalam hati, aku berdoa.
“Ya Allah, aku telah berusaha, dan usaha terakhirku adalah
dengan memberikan jawapan yang terbaik semasa peperiksaan ini. Terimalah
usahaku. Dan sekiranya aku ini hambaMu yang berdosa, dan amalku bukanlah yang
Engkau hendak terima, maka lihatlah cinta dan kasih guru-guruku itu, dan
terimalah doa mereka.” Amin.
******
Dan untuk setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Untuk
setiap sesuatu itu ada maknanya.
Benar pepatah melayu ada menyebut, bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senag kemudian hari.
Siapa sangka hari-hari terhitam dalam kehidupanku itu bakal
mengeluarkan aku menjadi manusia yang baru.
Daripada seluruh pelajar, hanya 18 orang sahaja yang berjaya
mendapat 9A.
Daripada 18 orang itu, 15 daripadanya adalah pelajar
perempuan.
Dan daripada 3 orang pelajar lelaki yang berjaya mendapat
9A, seorang daripadanya adalah aku.
Pada hari keputusan PMR keluar, Ustaz Khalid menelefon ke
rumah menyampaikan keputusan peperiksaanku. Dapat kudengari sebak
kegembiraannya.
“Guru-guru di sini, semuanya mengucapkan tahniah. Semua
bangga dengan awak.”
Itulah ucapannya. Aku sujud syukur ketika itu dengan rasa
yang tak terungkap. Dan sedikit sebak.
Dan selepas itu, hidupku berubah.
Aku senang untuk duduk-duduk dengan guru-guruku. Meminta
nasihat. Meminta tunjuk ajar. Nyata, mereka apabila didekati, aku mendapat
pengajaran dan motivasi yang lebih banyak lagi. Kekuatanku seperti bertambah.
Pemikiranku seperti jadi meluas.
Dan apabila bergaul dengan mereka, terasa sungguh kasih
mereka kepada diri ini. Juga kepada semua anak murid yang mereka punya.
Ya. Sebab itu, apabila aku memandang semula, apa yang
guru-guruku lakukan pada masa lalu itu bukanlah untuk aku menjadi seorang
pelajar yang cemerlang. Mereka memberikan tekanan, untuk aku menjadi seorang
manusia yang berfikir. Mereka tidak terus memberikan jawapan, agar aku menjadi
seorang manusia yang gigih dan berusaha, memerah minda dan mencari jalanku.
Mereka sinis agar aku menjadi manusia yang sensitif dan peka. Mereka
menyayangi, agar aku menjadi manusia yang menghargai.
Mereka bukan hendak menjadikan aku seorang pelajar yang
cemerlang.
Mereka hanya ingin menyelamatkan aku daripada menjadi
manusia yang gagal.
Sebab hanya manusia yang sedar, peka, sensitif, gigih
berusaha, berdikari, menghargai, adalah manusia yang berjaya. Di dunia, mahupun
di akhirat sana.
Mereka bukan sekadar guru. Mereka adalah Murabbi. Murabbi
membawa maksud – Orang yang menjaga, yang mendidik, yang membesarkan. Mereka
bukan sekadar mengajar setakat persekolahan dan silibus pengajian. Mereka kekal
mendidik diri ini, berkongsi nasihat, mengambil berat, walau berakhirnya sesi
persekolahan, walau aku telah berada di universiti. Mereka mendidik berkenaan
kehidupan, agar berjaya di akhirat. Bukan semata-mata cemerlangnya peperiksaan.UPSR.PMR.SPM.
Hasil didikan mereka, akhirnya aku berdiri di mana aku
berdiri hari ini.
Alhamdulillah.
Terima Kasih Cikgu…
Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa-jasamu yang
tidak terhitung itu.
Selamat Hari Guru…!!!
**(dipetik, diubah dan diolah daripada kumpulan cerpen simfoni cinta)
ehh xtau plak kawan aq ni pandai tulis novel.. haha..
ReplyDelete