Saturday, February 23, 2013

Giliran



Assalamualaikum w.b.t…

Hehe…entry kali nie…aku rase agak pelik…tapi..takde la pelik bebenor pon…
Mungkin bagi yang mengenali diri aku nie…mereka xkan rase pelik dengan enrty kali nie…
Ape yang aku pikir biase nye lain dengan ape yang orang biase pikir…
Kadang-kadang agak pelik…
Kadang-kadang…normal…hehe…

Semalam aku pergi bank…teman kan ayah aku…urus kan hal dia lah…
Tapi untuk makluman…ini bukan kali pertama aku pergi bank…
dah banyak kali ok....hehe

Sebagai perkongsian…
Semalam…tengah-tengah aku berdiri menunggu giliran di panggil…
Aku terpandang dekat kertas yang ayah aku pegang di tangan dia…
7007…



Dan no. yang terpapar di skrin kat depan tu…
1255…




Tiba-tiba aku terfikir…
Kalau la kita tahu ajal kita akan sampai bila…
Ape perasaan manusia semua ek..
Terutamanya perasaan aku la…
Kalau la kita tahu bila giliran kita…
Macam giliran bank tu…
Huh..mesti manusia buat preparation awal-awal…
Sama dengan buat preparation untuk pergi jumpa pegawai bank di kaunter sana…
Ic…buku account…duit…salinan dokumen-dokumen…dan macam2 lagi…
Maka aku pn terbayang…

*****

Step2 untuk jumpa pegawai bank…

1)      Masuk ikot pintu bank…= kita dilahirkan atau kita dicampak kedunia…
2)      Maka kita pn terlihat la suasana huru-hara bank…= kita melihat suasana huru-hara dunia…
3)      Dua pilihan…samada ikot cara diorang..atau buat hal sendiri…= ikot gaya manusia atas dunia atau ikot ketetapan Illahi…
4)      Ambil nombor giliran…= giliran yang ditetapkan Allah untuk berjumpa pegawai Nya  (malaikat) dan berjumpa Nya
5)      Berdiri menunggu giliran kerana terlalu ramai ( tak cukup kerusi)…= berdiri di padang masyar…beza nya…padang masyar panas…bank sejuk…air-cond..tapi still terasa terseksa…rimas…dan tidak terselesa…lengguh kaki…
6)      Sedang menunggu…buat preparation untuk dipanggil...ic..buku acct….ape2 dokumen penting…= solat..zakat…fardu ain..fardu kifayah…sunnah…dll…pahala…taubat…
7)      Nombor giliran dipanggil…=mati…
8)      Urusan di kaunter bank…= hisab
9)      Meninggalkan bank dengan gembira bagi transaksi berjaya kerana kelengkapan yang diperlukan cukup…atau meninggalkan kaunter bank dengan sedih..kecewa…marah…sebab kelengkapan yang diperlukan tidak mencukupi…kerana tansaksi gagal..tapi kene ingat..pegawai bank tu orang nye strict gila…haha..sory...tapi kenapa..??sebab dia takot dengan bos dia…nanti bos dia marah..hehe..= sama juga dengan kita…kita dihisab…neraka…atau syurga…bagi yang buat preparation yang baik…maka syurga la tempatnya…gembira…but…bagi yang tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan semasa preparation di dunia…haha…sedih la…marah..kecewa…dan tempatnya…haha…takot nak sebut…neraka la..

*****
haaaaa...macam tu la flashback saya...hehe

Dan angka giliran aku pn dipanggil…dan urusan bank selesai…

Alhamdulillah…
Syukur…aku tinggalkan kaunter dengan gembira…
Dan diharapkan…aku pn meninggalkan dunia…
Dengan gemira…
Dan tergolong daripada orang-orang beriman…
Dan diredhai Allah…
InsyaAllah..syurga la tempat para pembaca sekalian…
Sama-sama la kita berjuang dan berdoa….
Akhir kata…
Buatlah preparation yang terbaik…sebelum angka giliran kita dipanggil (mati)…agar kita tinggal kan kaunter (dihisab)dengan happy…dan berjaya (syurga)..haha…
InsyaAllah…amin...~

Kita bila lagi...


Assalamualaikum w.b.t

Entry kali nie…agak sedih sikit…
Dalam-dalam kita sedang sibuk study…
Sibuk dengan urusan harian…
Sibuk dengan exam…
Sibuk mencari rezeki…
Cube kita rehat sekejap…
Berhenti dari melakukan aktiviti harian…
Pandang ke kiri dan kanan kita…
Depan mahupun belakang…
Semakin hari
Perasan atau tidak…
kita…
Bahawa…
Orang-orang yang dahulunya sangat rapat dengan kita…
Yang sering kita bergurau senda…
Yang sering kita bermain-main bersamanya…
Yang sering membantu kita dalam kita sedang kesusahan…
Yang sering kita bergaduh mahupun bertikam lidah…
Yang sering kita umpat dia..
Tiba-tiba dah tiada…



Tiada…???
Dia pergi mane..??
Dia sudah tiada di sisi…
Dia sudah menyahut seruan Illahi…
Seruan daripada pencipta Nya…
Seruan yang memanggil hamba nya…
Supaya datang menghadap Nya…
Dan dia pergi….
Tak akan kembali ke dunia lagi…
Hanya meninggalkan jasad yang semakin membusuk…
Perasan atau tidak…
Semakin hari….
Mereka-mereka yang sangat rapat dengan kita..
Antaranya …
Mereka yang sebaya dengan ayah kita..
Sebaya dengan ibu kita…
Sebaya dengan datuk kita…
Sebaya dengan kakak atau abnag kita…
Mahupun sebaya dengan adik kita…
Dah pergi menghadap Illahi..
Sedar kah kita…
Yang giliran-giliran jemputan Illahi itu…
Semakin dekat dengan family kita…
Yang semakin dekat dengan ayah kita…
Semakin dekat dengan mak kita…
Dan ianya semakin dekat dengan ahli keluarga kita…
Yang kita sanggup bermatian…
Sanggup berusaha apa sahaja…
Demi rasa sayang terhadap mereka…
Namun giliran ini…
Tidak boleh dihalangi…
Namun…
Apabila giliran ini terkena dekat orang lain…
Dengan senang dan tenang kita merayu dekat family mereka…
Sabar je la Jah…
Ini semua dah takdir Illahi…
Allah dah tetap dah…
Ajal…
Maut..
Rezeki…
Jodoh…
Semua ditangan Allah…
Redha je la Jah…
Tetapi…
Bila kita mendengar sendiri perkataan itu…
Diucapkan oleh mereka-mereka…
Kepada mereka-mereka yang lain…
Persoalannya…

Mampukah ANDA REDHA…???

Bagaimane nak REDHA..??


…………………………………………………….

Namun…sebagai hamba Allah…
Kita ini memang lemah…
Xboleh nak buat ape-ape…
Kita menanggis…
Meraung…
Buat ape sahaja…
Mereka yang telah di panggil…
Tidak akan kembali lagi…
Dan begini la kehidupan…
Inilah kitarannya…
Setiap manusia…
Akan mengalaminya…
Hanya sekali sahaja untuk seorang…
Tunggu la giliran kita pula…

*sanyangi lah mereka selagi mana mereka masih hidup…

*taatlah mereka selagi mana tidak bercanggah dengan ajaran Islam…

*buatlah preparation untuk jemputan Allah…seolah-olah…selepas ini adalah giliran kita dan family kita...


Saturday, February 16, 2013

I believe I can fly





Assalamualaikum w.b.t..

Entry kali nie khas…istimewa..atau pun khusus buat semua student kat luar sane termasuk lah diri aku nie..hehe…

Tengok tajuk pn kita dah tau dah kan…I belive..i can fly…atau dalam bahasa melayu nye..saya yakin…saya boleh terbang…haha..betul kot..

Sebenarnya….tajuk entry nie dipetik dari tajuk sebuah lagu…lagu nie agak famous kot...tapi..lagu itu dicipta sebenarnye bukan sekadar hiburan semata-mata…saya rase…ade maksud yang sangat bermakna disebalik lagu nie…orang kata ade message..atau ade pesanan di sebalik lagu nie…hehe…

Ok…first..let’s play the song again…huhu…

And listen…

Hayati tau….

….

….

….

….

….


~

~

~

Faham x….??

Ok..jom kongsi…

Sebenarnye lagu nie aku selalu dgr masa aku mula nk exam…time2 study week la katakan…

Bila rase malas datang menyerang diri…otak pn mula la berfikir…

Kenapa la aku kene blajar subject nie…

Kenapa la ade subject nie…

Kenapa la subject nie penting…

Kenapa la wujud nye subject nie…

Ape relevant nye subject nie ngn aku…

Hahaaha…itu la antaranya soalan2 yg otak aku pikir kan…kenapa aku pikir mcm tu…

Haha…yela…aku ambik course law la katakan..contoh la…lepas tu dalam course law tu..aku kene plak blaja subject accounting…
mcm xmasuk dalam jiwa la kan…aku ambik law mmg antara sebab nye nak elak dari kira2…nombor2 semua tu..aishhh….tengok2 kene ambik subject nie plak…confirm la aku rase susah gila kn…hehe…xde la gila sangat…huhu….
Tapi ape yg aku nk ckp nye…mmg aku yakin…exam subject nie la yg paling susah…mmg fail la aku kali nie…

Tapi..tetiba…tengah aku cuba mencintai subject tu…tengah2 aku study subject accounting yang susah dan tidak berminat tu..aku pn terdengar lagu nie..dalam utube…

Dan Allah yang Maha Mengetahui pn tahu…aku perlukan satu titik semangat….lalu aku di lontarkan dengan lagu nie…bukan untuk aku berhibur sampai aku terlalai..tetapi untuk sedar kan aku…

Otak aku pn…terus di lontarkan dengan idea Allah itu….otak aku mula berkata2…

Walau ape pn….cabaran....dugaan…subject ape pn kat depan…aku boleh…aku boleh hadapi…

Ya...aku boleh....

Yes…aku boleh terbang…

I believe I can fly…

I can fly…

InsyaAllah…

I CAN FLY…




Ya Allah…aku pn boleh terbang…

Lantas tangan aku mula menadah....memohon...

Ya Allah...

Tunjukkan lah cara…jalan…kaedah…untuk aku berjaya Ya Allah…

Sama seperti Engkau berikan kejayaan kepada hamba2 Mu yang soleh di luar sana…
InsyaAllah Ya Allah…dengan Ilmu yg Engkau kurnia kan ini…bimbing lah aku ke jalan Mu…

Bimbing la aku supaya lebih dekat dengan mu…jangan jadi kan ilmu yg Engkau kurnia kan ini sebagai penghalang antara kita Ya Allah…

Sesungguhnye…Aku tahu…pertolongan Mu..xakan datang terlalu awal…dan xakan datang terlalu lambat…tetapi…pertolongan mu akan datang tepat pada masa nye…

Maka…bimbing la hamba Mu yang lemah ini agar sentiase bersyukur, bersabar dan sentiase bermohon kepada Mu yang Maha Esa…lagi Maha Menggasihani…

Amin…


Kepada pembaca2 sekalian…disini saya ingin menyeru dan menasihati anda semua…bangkit la…jangan malas....jangan mudah putus asa…jangan kerana subject susah seperti add math or ape2 subject....kita dah menyerah kalah....ape guna kita jadi manusia…jika benda kecil tu pn boleh jatuh kan semangat kita…
kita kan pejuang….
kita kan penegak kebenaran...
kita kan penghalang generasi bodoh…
ini bukan zaman kebodohan…
ini bukan zaman jahiliyyah…
kita yakin…kita boleh buat….ape2 masalah mesti ade jalan…

Jika anda xjumpa jalan penyelesaian anda…harungi lah duri itu dengan tabah dan di selangi dengan doa kepada Allah…Sesungguhnya Allah tahu ape yang terbaik untuk kita…
Dan ingat….jika kita selalu ingat Allah…Allah pn akan ingat kita…
InsyaAllah….Allah tidak akan pernah tinggal kn kita…yang tu kita kene pegang betul2…


Dalam pelajaran nie sebenarnya...mmg xde pilihan..mmg xde jalan mudah...
aku selalu ckp kt diri aku nie...aku nie ibarat sebagai seorang manusia yg di paksa terbang....
walaupun aku xde sayap nk terbang mcm burung...tapi...ape yg aku kene buat...
aku kene pastikan...aku perlu terbang...walau ape cara sekali pn...
yes..orang lain boleh terbang...aku pn boleh jgk terbang...
so..whether you fly with me...or i will fly alone..hehe...
lantak la korang...tinggal la kat bawah...huhu...
dan satu lagi...
aku selalu je buat benda nie kat kawan aku time exam nk start...
aku jalan kat meja dia ...
aku cakap....

If i not kill you...
You will kill me..
so..hehe..better i kill you..

tapi....sebelum exam...we are friend...
dalam masa exam mula...this means war...haha..
jahat x....
bukan jahat la...
nak bagi semangat kat dia..
baik kot...haha...

Akhir kata….
Semat la dalam diri anda…sebangai student…mahu pn ape sahaja…

Aku yakin…orng lain boleh buat…xkan la aku xboleh buat…

Yes…..i believe….i can FLY..; )

so ape tunggu lagi....FLY la...

Friday, February 15, 2013

InsyaAllah dia milik ku...


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.