Wednesday, January 16, 2013

I love U



Assalamualaikum w.b.t semua…

Entry kali ini tajuk nye mungkin la bunyi macam seksi sikit kot…tapi jangan risau…boleh dibaca oleh semua lapisan umur kot…sebab saya bukan nak cakap pasal isu-isu 18sx ke ape…juz nak sharing satu pandangan je…

Bila sebut perkataan I love U atau saya sayang awak…atau lebih gempak bunyi nye lagi… saya sayang awak sangatx234569…(translate dari perkata I love U very much)…

Saya nak tanya pendapat pembaca sekalian la…bila ade orang cakap atau sebut perkataan tu kat kamu… ape perasaan kamu…jujur la jawap…???





a)    Waaaa…..exited gila….saya suka..saya suka..

b)    Oh…betul ke awak nie sayang saya…seriously…

c)    Hurm… betul ke..saya nak bukti yang awak sayang saya…

d)    Hurm…ok…

e)    Yeke…tapi saya tak sayang awak pun….

f)     Oh… I love U too

g)   

h)   Xde jawapan diatas…




Ok kalau macam tu la jawapannye…adakah anda benar-benar percaya…yakin…dengan kata- katanya itu…betul..??

Ok..next…nak tanya…bila seseorang tu cakap perkataan atau ayat tu kat anda…cuba anda bayang kan muka orang tu…dan ape yang dia dah buat atau dah bagi kat anda…

Adakah sekadar kata-kata kosong…yang anda pikir bermakna sangat…or dia bagi teddy bear or bunga masa cakap perkataan tu…or lebih romantik… dia ajak anda keluar makan…or dating…sweeeet nye….

Tapi persoalannye disini…semua yang dia bagi or buat kat anda tu…adakah bermakna or berguna…I mean…sangat bermakna…???...sorry to say la…because I don’t think so…

Sebab ape…saya pikir la…nie pendapat saya…jika seseorang tu benar-benar sayang kat kita…tak kan la dia nak ajak kita masuk ke dalam api kot…nak sakit kan kita kot….nak bagi hidup kita merana kot…

Eh…kejap…kenapa api nie..

Kenapa sakit nie…

Kenapa hidup merana nie…

Hello…tak nampak lagi ke…dia ajak anda keluar makan bersama…I love U kata nye…tapi siap pegang-pegang tangan segala…

Lebih teruk lagi…ada yang ajak berzina plak…katanye…awak…kalau awak betul2 sayang saya…awak mesti kene bukti kan tau…mesti berkorban..kenapa..?? sebab cinta itu perlukan satu pengorbanan…

Haha…kesiannya umat sekarang nie kan…dunia semakin maju…manusia semakin kurang kemajuan nye...dari segi akhlak…sorry la tercakap…tapi kene cakap jugak la…

Kalau betul la kita sayang kat seseorang tu…ajak la dia ke syurga…ke tempat yang elok…pastikan dia hidup bahagia…dunia..dan akhirat…bukan nye nak bagi dia lebih menderita…betul x…xmasuk akal langsung…tu namanya tak sayang la…or pura-pura sayang…or sayang bersebab…



Kepada pembaca yang sedang bercinta di luar sana…saya sarankan agar ajak la si dia ke syurga Allah…bukan saya nak galakkan bercinta…Cuma nak galakkan supaya ajak orang yang kita sayang kearah kebaikan..kebahagiaan hidup…dunia..mahupun akhirat kelak…bak kata orang biar cinta sampai ke syurga…dan bukan nya you jump to the hell…i jump to the hell too…

Selamat beramal…

Sekian…;)

Sunday, January 13, 2013

Nyamuk vs Harimau


Assalamualaikum w.b.t semua..

Ini adalah sambungan entry yg lepas…
Tentang boleh ke kalau seorang tu juz nk keluar makan bersama je..tapi xmelakukan ape2 pn..zina jugak ke…

Ok..cuba pembaca2 bayangkan




Seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!!
Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus.

       Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita.
Nggg!!!

Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.




        Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai?

Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang? 

Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?     

Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya.

Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang. 
Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.

“Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

”Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang senantiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini sebagaimana hadits di atas dan juga hadits berikut ini:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول: (( والله إني لاستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة))(57) ( رواه البخاري)

“Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:”Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali.”(HR.Bukhari)

Oleh itu saudara-saudari ku sekalian…elakkanlah daripada melakukan sesuatu yang membawa kepada dosa besar…

Guna la kebijaksanaan kita untuk mengelakkan diri dari terjebak kelembah api neraka kelak…
Assalamualaikum…dan jangan lupa solat…:)


Saturday, January 12, 2013

Cinta vs Couple



Assalamualaikum w.b.t semua…

Untuk entry pertama nie..ingin saya melontarkan pendapat saya tentang cinta dan couple..adakah ianya sama atau tidak..ini kerana ramai yang tidak bersefahaman dengan pendapat saya..maklum la kan..haha..insyaAllah saya akan mengupas isu cinta vs couple mengikut ape yang saya faham…

Pertama sekali, saya nak tanya para pembaca..ape itu cinta..???
Takpe..xperlu jawab pun..biar saya yang jawab..ini kan turn saya nak cakap..
Cinta itu adalah perasaan sayang…sayang kepada Allah..sayang kepada Nabi2..sayang sesame makhluk..dan lagi ramai yang sayang kepada berlainan jantina..dan saya pasti pembaca blog nie pn sama kan…ala….xperlu nak  malu la…
kata orang cinta itu fitrah..betul ke..

hurmm…betul la tu..
cinta itu adalah satu fitrah bagi makhluk Allah..fitrah ini adalah satu kurniaan Allah untuk kita..satu pemberian percuma..bila ia adalah satu pemberian Allah..maksudnya ia adalah satu amanah oleh Allah supaya kita menjaganya..even binatang pun Allah bagi fitrah cinta nie..
tapi..ape itu fitrah..
fitrah adalah satu sifat yang telah diletakkan dalam diri setiap makhluk Allah..dengan kata mudahnya..fitrah nie macam application atau program sebuah computer la..xde program atau application..manusia xtentu arah..
cinta kepada berlainan jantina adalah tidak salah…tidak menjadi haram pun..
ok..kalau macam tu..kita dibenarkan bercinta la..

kejap2..nanti dulu..

nak bercinta tu boleh..ada dua cara..

1)    Bercinta selepas berkahwin…

Ini cara yang paling bijak…tapi ada orang tanya…macam mana nak kawin kalau xkenal…silap2 orang tu jahat…
Itu la penting nye merisik..meninang..dan step2 seterusnya…dengan cara itu la kita dapat tahu..siapa bakal isteri atau suami kita..betul x… kalau dah lama kenal pn..belum tentu perkahwinan tu bahagia kan..betul x…

2)    Bercinta hanya suka sama suka..

Cara ni pun dikira ok la jugak…sebab apa..jika xmampu nak kawin..guna je cara nie….
Contoh la…saya suka kat si A nie…si A nie pn suka saya..ok dah..cukup…xpernah berjumpa…xde dating..xde ape2..nie dikira ok la…juz tunggu masa nak kawin je…haha…

Tapi lain plak dengan couple..
Couple nie perkataan orang putih…maksudnye lebih kurang macam…pasangan..berpasangan…berdua-dua..
Hah…yang ini la yang tidak boleh sebenarnya…haram..sebab ape..sebab berdua-duaan..sentiase bersama..keluar dating..awak pegang tangan saya…saya pegang pinggang awak..atau pn kita xpegang ape2 pn..Cuma nak keluar dating bersama….nak pergi makan bersama…pn xboleh..


Firman Allah SWT, “Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan.” (Surah al-Isra’: 32).

Ala…kitarong juz keluar makan sekali je…mana ade nak buat ape2…

Hahaha..boleh ke…???

Baca la di entry seterusnya…

Assalamualaikum….bye J