Assalamualaikum w.b.t semua..
Ini adalah sambungan entry yg lepas…
Tentang boleh ke kalau seorang tu juz nk keluar makan
bersama je..tapi xmelakukan ape2 pn..zina jugak ke…
Ok..cuba pembaca2 bayangkan
Seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk
ke dalam rumah kita. Aummm!!!
Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam.
Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari,
menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik
mandi dan ada juga yang pengsan terus.
Bayangkan pula
seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita.
Nggg!!!
Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke
hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada
seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.
Selalunya begitu, semua orang
takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut
kepada perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang
mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai?
Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara
anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak
Belang?
Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam
denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan
sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan
nyamuk?
Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena
zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap
perkara besar dan berbahaya.
Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara
yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh.
Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini
membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang.
Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap
jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan
generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan
istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.
“Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu
'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
”Wahai
sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada
Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah
seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim)
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah
manusia yang senantiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini
sebagaimana hadits di atas dan juga hadits berikut ini:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمعت رسول
الله صلي الله عليه وسلم يقول: (( والله إني لاستغفر الله وأتوب إليه في اليوم
أكثر من سبعين مرة))(57) ( رواه البخاري)
“Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu,
dia berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda:”Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat
kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali.”(HR.Bukhari)
Oleh itu saudara-saudari ku sekalian…elakkanlah daripada
melakukan sesuatu yang membawa kepada dosa besar…
Guna la kebijaksanaan kita untuk mengelakkan diri dari
terjebak kelembah api neraka kelak…
Assalamualaikum…dan jangan lupa solat…:)


No comments:
Post a Comment