Thursday, January 9, 2014

Titik yang Betul


Ketika aku masih Muda
Aku terfikir dan Berkata kepada Tuhan,
Dan didalam setiap Doa ku
" Berikanlah aku Tenaga supaya aku boleh Merubah Dunia ini.
Dan semua orang pada pandangan aku tampak Salah.
Aku adalah seorang revolusioner yang mahu dan mampu merubah wajah Dunia ".

Dan...

Apabila aku menjadi lebih Matang
Aku pun mulai berdoa
Sedikit berbeza
" Ini seoalah-olah terlalu banyak,
Kehidupan nampaknya berada diluar dari kotak kawalan ku,
Hampir separuh dari hidupku hilang, Dan
Aku tidak berjaya merubah walaupun
Hanya seorang,
Dunia nampaknya terlalu banyak ".
Dan aku pun berkata kepada Tuhan,
" Keluarga ku pun cukup lah.
Biarlah Aku merubah Keluarga ku ".

Dan...

Apabila aku menjadi Tua
Aku berkata
" Aku sedar sekarang bahawa
Walaupun keluarga,
Itu pun dah terlalu banyak, Dan
Siapalah aku untuk merubah Mereka? "
Kemudian
Aku mulai sedar bahawa
Jika aku dapat merubah diriku sendiri
Maka itu pun sudah memadai, dan
Lebih dari cukup.
Aku pun mulai berdoa kepada Tuhan,
" Sekarang aku sudah sampai pada titik yang betul.
Sekurang-kurangnya
Benarkanlah Aku untuk melakukan Ini :

" Aku ingin merubah diri ku sendiri "

Dan Tuhan pun menjawab,
" Sekarang sudah tiada lagi masa yang tinggal.
Sepatutnya engkau meminta yang ini di awal lagi, Dan
Yang lainnye akan ade Kemungkinan
Jika yang awal itu di Sepatutkan nye dahulu ".