Assalamualaikum w.b.t dan Haiii...
Ramadhan telah berlalu...
Syawal sedang dilalui...
Tetapi ape kesan peninggalan Ramadhan..???
Sepatutnya kita tunjukkan kesan kedatangan Ramadhan di bulan2 lain termasuk di bulan Syawal ini...terutama hari raya pertama iaitu hari yg paling hampir dengan pemergian Ramadhan...
Jaga Akhlak dan jaga Iman..sebagai mana kita jaganya dibulan Ramadhan...
Dalam menyambut hari kemenangan kita di bulan Syawal ini...beberapa peringatan berkenaan berpakain dan berfesyen ingin saya ingatkan...terutamanya di kalangan akak2 kita...
Jangan ikut perangai buruk orang lain...yang nampak cantik dimata...tetapi berkarat disebaliknya...
Kita tidak perlu terikut dengan budaya sesetengah orang2 glamour menyambut Aidilfitri nie...
Kita bergaya dan bersuka-ria biarlah ada limitnya...ingatlah yang kita ada agama perlu di letakkan di hadapan terlebih dahulu sebelum melakukan apa2...
Semenjak dua menjak nie...bila saya bukak sahaja FB...kebanyakkan orang saling bertukar-tukar gambar...share2 sana-sini...tagged2 dan sebagainya...untuk berkongsi kemeriahan dan kegembiraan menyambut syawal bersama-sama...
Namun perlu diingatkan untuk semua golongan dan lapisan umur..tanpa mengira jantina mahupun keturunan...
Untuk bergambar dan berfesyen di musim perayaan nie tiada masalah...
Tetapi perlu kita ingat supaya kita tidak berfesyen dan bergambar secara mendedahkan aurat...bergaya dan bergambar dengan cara yang kurang sopan dan mengoda...
Ya..betol kata anda...!!!
Kamera anda...anda berhak mengunakannya untuk apa sahaja...
Akaun FB anda...anda berhak upload and share gambar apa sahaja...
Pakaian dan duit anda...anda berhak memakai dan berfesyen dengan apa gaya sekelipun...
Tetapi ingat...!!!
Semua itu ada perhitungan disisi Allah s.w.t nanti...
Kalau anda rasakan apa yang anda lakukan itu mengundang redha Allah....silakan....
Kalau anda rasakan alasan anda diterima oleh Allah...silakan...
Tetapi...jika ia sebaliknya...saya nasihatkan tolong tinggalkan...
Anda masih belum terlambat untuk mengubahnya...
Sekian...
Bro Kay
Kay !!! Terbaik..=)
ReplyDeleteKay !!! Terbaik..=) dari bak
ReplyDelete