Saturday, October 26, 2013

Masihkah Ada Jalan




Berasa tersepit...
Berasa susah...
Hilang harapan, lenyap segala ruang penyelesaian..
Jauh dalam lubuk hati kita berasa begitu kecewa...
Berasa diasingkan...
Keseorangan dalam masalah yang menimpa tanpa ada sesiapa yang mampu menghulurkan bantuan...
Kadangkala, ia berkaitan dengan masalah peribadi kita yang malu ingin dikongsikan...

Lalu kita mencipta sendiri cara penyelesaian yang kita pikir ianya mampu memberi kesan positif kepada diri kita... Walhal ianya tidak mengubah ape2 sekalipun... Sebagai contoh... Meluahkan segala masalah di wall facebook... Menulis status berkaitan masalah kita... Mahupun memghebahkan ketidak puasan hati kita terhadap seseorang atau pun sesuatu... Dan seterusnya mengharapkan komen2 positif mereka2 diluar sana yang diiringgi dengan bilangan likes mahupun shares... Namun apabila luka terus menjadi nanah yang tidak mampu diubati...





Akirnya, mula timbul dalam jiwa kita perkataan putus asa... Kita merasakan segalanya dalam hidup ini tidak berguna... Segala usaha sudah tidak bermakna... Kita pun mula bergerak mengikut arus kerosakan... Pada masa tu, kita sudah tidak peduli, kerana, tidak ada yang menghiraukan kita lagi... Namun... Kita silap...

Allah kan ade..!!!

Allah sentiasa bersama kita...

Allah tidak pernah meninggalkan kita...

Tujuan ujian adalah bagi menguji... Sekiranya ujian itu datang dalam keadaan mudah dilangkau, tidak dinamakan sebagai ujian... Ujian semestinya mengegarkan, mengoyahkan, meragut ketenteraman, dan menghilangkan kesenangan...

Dalam keadaan ini... Allah mahu melihat sejauh manakah keyakinan kita kepada-Nya... Daripada ujian, Dia mahu kita buktikan keimanan kita...

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan berkata, 'Kami sudah beriman', sedangkan mereka itu belum diuji."

Oleh itu, adakah kita mengira, kita masuk syurga Allah dengan lenggang kangkung bersahaja tanpa diuji dengan ujian yang hebat? Kadangkala, kita seolah-olah ditolak ke pinggir gaung... Hanya menunggu saat untuk jatuh walaupun sudah berusaha untuk bertahan...

Ketahuilah, itu adalah tapisan kita ke syurga Allah sepertimana dijelaskan dalam ayat 214, suruh Al-Baqarah:

"Apakah kamu mengira, kamu akan dimasukkan ke dalam syurga, selagi belum tiba kepada kamu ujian yang didatangkan kepada orang-orang sebelum kamu? Mereka diuji dengan kepapaan dan serangan penyakit serta digoncangkan. Sehingga berkata rasul dan orang yang beriman dengannya, 'Bilakah pertolongan Allah hendak sampai"


Diuji sehingga berada di antara terus bertahan atau sekadar berputus asa dengan membiarkan diri jatuh ke dalam gaung... Allah mahu menolong atau tidak ??... Namun mereka memilih untuk terus percaya.

Apakah jawapan Allah pada akhir ayat itu?

"Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat"

Tidakkah kamu memandang kepada kisah Musa ?

Nabi Musa telah menunjukkan kepada kita contoh yang terbaik dalam pergantungan kepada Allah s.w.t... Allah telah mengarahkan Musa supaya membawa seluruh bani Israel melarikan diri daripada Firaun pada tengah malam, dan dihalakan oleh Allah mereka ke laut... Pada masa itu.. Musa serta pengikutnya yakin yang Allah akan menolong mereka dan pertologan Allah itu adalah terbaik...

Namun, Allah tetap menguji keyakinan mereka... Menjelang subuh, mereka tersedar yang sebenarnya mereka tersesat apabila berada di hadapan laut.. Di belakang mereka ketika itu adalah Firaun dan bala tenteranya... Mereka tersepit... Bagi mereka yang lemah imannya dalam kalangan bani Israel ada yang mahu menyerah diri dan ada yang memaki Musa...

Sungguh besar ujian yang mereka hadapi... Di hadapan mereka laut yang tanpa dapat merentasi... Di belakang mereka pula Firaun serta bala tenteranya yang bersiap sedia untuk menebas kepala mereka... Tetapi, apakah reaksi Musa ketika itu ???

Sesekali tidak... Sesungguhnya aku bersama Rabbku yang memberikan petunjuk... Beliau memilih untuk terus meyakini...

Lalu Allah membalas segala keyakinan Musa dengan berfirman...

"Lalu, Kami wahyukan kepada Musa, 'Pukullah tongkatmu itu, apabila dipukul, terbelahlah laut..'"

Kita bagaimana???

Wahai orang-orang yang mahu berputus asa... Adakah dihadapanmu laut yg terbentang luas dan dibelakangmu Firaun serta bala tentera yang bersiap sedia menebas kepalamu ???

Kita sentiasa masih ada harapan... Allah sentiasa bersama kita memberikan petunjuk terbaik... Pertolongan Allah itu dekat... Sangat dekat.. Pertolongan Allah itu datang tidak terlalu awal... Tidak terlalu lewat... Namun ia datang tepat pada masanya... Tinggal samaada kita percaya atau tidak...

*Setiap masalah pasti ade jalan penyelesaiannya... Cume perlu sedikit usaha dan keyakinan ;-)




No comments:

Post a Comment