Wednesday, March 27, 2013

Aku buat dosa pon...aku berjaya


Assalamualaikum w.b.t

Sebagai mana yang kita tahu, ilmu itu adalah cahaya dan ilmu tidak akan memasuki hati yang gelap...
Tapi bila kita perhatikan kawan-kawan kita yang berjudi...minum arak...bercouple dan segroup dengan nya pon....berjaya juga...
Walaupon mereka tidak solat dan sebagainya...yang wajib ditinggal kan...yang haram diamalkan...tetapi mereka kaya...perniagaan semakin hari semakin maju...duit berlambak-lambak...anak2 semua pandai...bini-bini cantik...




Tetapi...aku nie yang terkial-kial solat...bukan sekadar lima waktu...solat sunat..puasa sunat...semua yang wajib dan tak wajib aku buat....tetapi...aku tidak seberjaya mereka...
hanya sekadar cukup2 makan je...
tu pon cukup untuk sorang makan...
kadang2 tak cukup nk makan...

Aku tahu yang agama islam ini adalah agama yang benar...tetapi bila aku tengok orang bukan islam lebih berjaya dari orang-orang islam...umat islam tertindas dalam kehidupan sempit...
Bila kita perhatikan dalam azan pon ade menyebut yang solat akan menuju kejayaan...
tetapi....dari kecik lagi aku solat..tapi sampai sekarang belum tercatat dalam sejarah aku yang aku berjaya....

aaaiissshhh...

cmne nie..???

Tahu kah anda tentang istidraj..???

Istidraj adalah apabila Allah memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah-ruah kepada manusia yang terpilih dan manusia itu akan menjadi lebih jauh daripada Allah...

" Aku tidak solat pun berjaya. Siapa kata solat itu membawa kejayaan..???"
bila terdetik macam ini...hurrrmmmm...mungkin anda adalah penerima istidraj...tahniah...haha…

Jangan risau jika anda menjaga hubungan dengan Allah, tetapi anda masih tidak berjaya dalam pelajaran…kerana ini semua hanyalah neraca manusia sahaja…

Kawan saya hanya mendapat 3A dalam UPSR, 4A dalam PMR dan hanya 2A dalam SPM…nampak macam xberjaya kn…sebab ape…neraca manusia menilai kejayaan berdasarkan bilangan A dan pointer semata-mata…

Tetapi ape kata kawan saya…”walaupon aku xsecemerlang orang lain…tetapi aku rase kehidupan aku tenang, bahagia, dapat beribadah kepada Allah secara full time tanpa lompong…hidup dibawah ketaatan kepada-Nya…makan minum pon cukup…kadang2 ade la yang lebih sikit…aku sudah berpuas hati dan bersyukur”

Buat ape dapat banyak A tapi hidup xtenang…dapat kerja pangkat tinggi tapi xde masa untok solat…duit banyak xboleh bayar zakat…haji sekali pon x pergi…hidup xtenang asyik duk pikir pasal business…meeting…keselamatan harta benda dan sebagainya…siap kene pasang body guard la...pak guard kt keliling rumah...nk tido malam pon xlena...





Sekiranya kita tidak berjaya dalam peperiksaan, walaupon telah berusaha sedaya upaya…usaha bagai nk gila, orang kata…ataupon gagal dalm perniagaan….walaupon segala strategi telah disusun rapi…tapi gagal lagi…usah risau…percayalah (bak kata siti nurhaliza)…itu adalah ujian Allah…Jangan bersedih jika kita selalu diuji oleh Allah…kita kene bersyukur…kerana itulah tanda nya Allah masih dekat dengan kita…ujian kan tanda kasih sayang Allah kat kita…

Cube lihat surah Al-Ankabut, ayat 12…

“adakah manusia beranggapan bahawa kami akan membiarkan mereka berkata: kami sudah beriman sedangkan mereka belum diuji?”


Adakah kita mahukan kesenangan yang bersifat sementara di dunia ini, tetapi bila di akhirat yang kekal sana kita merana…???


Adakah anda mahu menjadi ahli2 penerima istidraj..???


Mesti TIDAK kan…

2 comments:

  1. tahniah.. you make me see how much i should try to be success and redha with all the task given by Allah..

    ReplyDelete