Assalamualaikum w.b.t
Sebagai mana yang kita tahu, ilmu itu adalah cahaya dan ilmu tidak
akan memasuki hati yang gelap...
Tapi bila kita perhatikan kawan-kawan kita yang berjudi...minum
arak...bercouple dan segroup dengan nya pon....berjaya juga...
Walaupon mereka tidak solat dan sebagainya...yang wajib ditinggal
kan...yang haram diamalkan...tetapi mereka kaya...perniagaan semakin hari
semakin maju...duit berlambak-lambak...anak2 semua pandai...bini-bini cantik...
Tetapi...aku nie yang terkial-kial solat...bukan sekadar lima
waktu...solat sunat..puasa sunat...semua yang wajib dan tak wajib aku
buat....tetapi...aku tidak seberjaya mereka...
hanya sekadar cukup2 makan je...
tu pon cukup untuk sorang makan...
kadang2 tak cukup nk makan...
Aku tahu yang agama islam ini adalah agama yang benar...tetapi
bila aku tengok orang bukan islam lebih berjaya dari orang-orang islam...umat
islam tertindas dalam kehidupan sempit...
Bila kita perhatikan dalam azan pon ade menyebut yang solat akan
menuju kejayaan...
tetapi....dari kecik lagi aku solat..tapi sampai sekarang belum
tercatat dalam sejarah aku yang aku berjaya....
aaaiissshhh...
cmne nie..???
Tahu kah anda tentang istidraj..???
Istidraj adalah apabila Allah memberikan kejayaan, harta kekayaan,
rezeki yang melimpah-ruah kepada manusia yang terpilih dan manusia itu akan
menjadi lebih jauh daripada Allah...
" Aku tidak solat pun berjaya. Siapa kata solat itu membawa
kejayaan..???"
bila terdetik macam ini...hurrrmmmm...mungkin anda adalah penerima
istidraj...tahniah...haha…
Jangan risau jika anda menjaga hubungan dengan Allah, tetapi anda
masih tidak berjaya dalam pelajaran…kerana ini semua hanyalah neraca manusia sahaja…
Kawan saya hanya mendapat 3A dalam UPSR, 4A dalam PMR dan hanya 2A
dalam SPM…nampak macam xberjaya kn…sebab ape…neraca manusia menilai kejayaan
berdasarkan bilangan A dan pointer semata-mata…
Tetapi ape kata kawan saya…”walaupon aku xsecemerlang orang lain…tetapi
aku rase kehidupan aku tenang, bahagia, dapat beribadah kepada Allah secara
full time tanpa lompong…hidup dibawah ketaatan kepada-Nya…makan minum pon cukup…kadang2
ade la yang lebih sikit…aku sudah berpuas hati dan bersyukur”
Buat ape dapat banyak A tapi hidup xtenang…dapat kerja pangkat
tinggi tapi xde masa untok solat…duit banyak xboleh bayar zakat…haji sekali pon
x pergi…hidup xtenang asyik duk pikir pasal business…meeting…keselamatan harta
benda dan sebagainya…siap kene pasang body guard la...pak guard kt keliling rumah...nk tido malam pon xlena...
Sekiranya kita tidak berjaya dalam peperiksaan, walaupon telah
berusaha sedaya upaya…usaha bagai nk gila, orang kata…ataupon gagal dalm
perniagaan….walaupon segala strategi telah disusun rapi…tapi gagal lagi…usah
risau…percayalah (bak kata siti nurhaliza)…itu adalah ujian Allah…Jangan
bersedih jika kita selalu diuji oleh Allah…kita kene bersyukur…kerana itulah
tanda nya Allah masih dekat dengan kita…ujian kan tanda kasih sayang Allah kat
kita…
Cube lihat surah Al-Ankabut, ayat 12…
“adakah manusia beranggapan bahawa kami akan membiarkan mereka
berkata: kami sudah beriman sedangkan mereka belum diuji?”
Adakah kita mahukan kesenangan yang bersifat sementara di dunia
ini, tetapi bila di akhirat yang kekal sana kita merana…???
Adakah anda mahu menjadi ahli2 penerima istidraj..???
Mesti TIDAK kan…
.jpg)

tahniah.. you make me see how much i should try to be success and redha with all the task given by Allah..
ReplyDeletekay! good entry =D
ReplyDelete