Friday, March 29, 2013

Bukan salah-Nya


Assalamualaikum w.b.t

pernah dengar dialog macam nie x...??


"sudah takdir saya la...saya xboleh buat ape2 lagi"
"memang aku dilahirkan macam nie la.."
"Allah dah jadikan gua nie pencuri la...memang ini je rezeki gua.."
"aku nie memang dah bodoh sejak lahir la...aku study ke..ape ke...memang Allah xbagi rezeki kat aku"
"Ya Allah...ape la nasib aku nie...kenapa la aku xkaya-kaya macam orang lain"
.......


Kita biase dengar kan..??..kata2 seumpama ini keluar dari mulut orang lain...atau mulut kita sendiri...
Klau bace balik dialog macam kat atas tu...ape yang salahnye...???

ok..ade orang ckp x salah...

dan ade yang cakap salah...

Kesilapan kita adalah kita suka menyalahkan Allah dalam segala perkara yang xkene dalam segala hal hidup ini…
Kita beranggapan bahawa Allah telah mentakdirkan kita jahat...bodoh..sombong...miskin...xdapat berubah dan diubah lagi dan sebagainya...Sedangkan kita tidak tahu apa yang Allah takdirkan untuk kita yang sebenarnya..

Jadi...siapa yang jahat sekarang..kita ke Allah..??

Jangan salahkan Allah...

Duduk...fikir...lihat...dan nilai diri kita sendiri dahulu…jangan duk nk salahkan orang lain dan termasuk Allah juga...

Bukankah Allah telah jadikan manusia di dunia ini adalah sebaik-baik kejadian...sempurna...dan rezeki pon dibahagikan secara adil…bukankah Allah itu Maha Adil…ingat x…???

Terdapat banyak kes manusia cube menjadi yang terbaik dan berjaya..tetapi malangnya mereka tidak berjaya…mereka sudah berusaha keras, namun masih gagal mencapai ape yang dikatakan berjaya dengan kebaikan…
Resultnya…mereka kecewa…sedih...putus asa dan berkata,

“nampaknya, Allah sudah takdirkan aku sebegini…rezeki aku takat ini je…”

jelas kita dapat lihat disini kesilapan kita…adalah kita tidak melihat keluasan kasih sayang Allah kepada kita…


Adakah kita sedar bahawa kita masih bernafas…masih mampu melihat…berfikir…duduk...menghadap laptop…membaca…pergi kerja…melihat pergerakan masa sekeliling kita walaupon kita xmampu berbuat ape2…dan kita masih dikurniakan dengan usia yang seumpama ini…

Jadi bagi tahu saya…dimana peluang kita untuk berputus asa…???...putus asa hanya boleh berlaku setelah anda mati kelak…sebelum mati…kita ada banyak masa dan pelung untuk berusaha dan mencari jalan untuk berjaya…so…nampak x kasih sayang Allah kepada kita sekarang nie…

Segala kegagalan adalah satu ujian bagi diri yang bergelar hamba ini…namun…ia bukan satu alasan bagi kita untuk memilih dan mengambil keburukan dan redha dengan kerosakan dan penderitaan…tanpa sebarang usaha yang lebih…

Try intai sikit ayat 87, surah Yusuf…

“jangan kamu berputus asa daripada rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya, tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kamu yang kafir”

Jadi…pilihan di tangan kita…samaada kita mahu berusaha atau tidak…kesan baik…buruk…semua akan kembali kepada kita sendiri…so…anda mahu…???..anda lakukannya…hehe…tapi…kalau xmahu berusaha…dan anda gagal…jangan salahkan-Nya…semuanya salah anda…seriously…


No comments:

Post a Comment