Assalamualaikum w.b.t
Pada suatu ketika dahulu...sedang saya bersiar-siar di kawasan rak
buku di sebuah kedai buku di sekitar sini...tiba-tiba saya terdengar satu
perbualan yang jelas dari rak seberang sana...
ya..mereka pon sedang mencari buku...tiba-tiba...mereka disapa
oleh beberapa rakan mereka yang lain...
"kau buat ape kat sini"
"cari buku"
"buku ape je kat sini..buku kat sini
poyo kot"
"ni haa...buku motivasi...macam best
je tajuk dia..aku nk try bace jgk"
"eh...sejak bila hang bace buku lagu nie..."
"entah la weiii....aku rase aku nk
bace buku mcm nie la plak...aku nk berubah la"
"ala...hang xpayah nk hipokrit la
weii..poyo..."
"hurmm...ok lah..dah..jom la.."
Ya, ada segelintir manusia pada zaman ini berasa takot melakukan
perubahan kepada kebaikan…kadangkala bukan kerana risau akan kutukkan rakan2 dan
orang sekeliling…malah mereka sendiri pon xyakin akan perubahan yang mereka
ingin lakukan…dan terus mempersoalkan dalam diri…betol ke ape yang aku buat
nie…tidak hipokrit kah..
Ayat2 racun seperti…."aku perlu jadi diri sendiri"…menyebabkan jiwa
kita menjadi rosak dan menghalang langkah kita untuk berubah…
Tetapi persolan disini…hipokrit kah kita jika berubah menjadi
baik…??? Adakah dengan kebaikan, menyebabkan kita tidak menjadi diri
sendiri…??? Siapa plak yang mulakan peraturan bahawa jadi baik itu hipokrit…???
Bila ditanya…kenapa tidak mahu berubah…??? Mereka menjawab…tidak
mahu menjadi hipokrit…diri nya telah ditakdirkan suka kepada perkara yang Allah
larang…suka merokok..bukak aurat…dan sebagainya…sekiranya melakukan perubahan
kearah kebaikan…mereka rasa itu bukan diri mereka…tetapi..mana kita tahu yang
buat perkara2 dosa itu adalah diri kita yang sebenarnya…mana bukti yang
mengatakan kita telah ditakdirkan untuk jadi sedemikian rupa yang buruk
perangainya itu…
Siapa kita yang sebenar…???
Rasulullah s.a.w. menyatakan yang bermaksud,” setiap bayi itu
lahirnya di atas fitrah, ibubapa mereka dan suasana pembesaran mereka yang
menjadikan mereka seorang yahudi, nasrani, dan majusi…(Bukhari dan Muslim)
Ini membuktikan bahawa setiap bayi yang dilahirkan adalah diatas
satu fitrah…
Fitrah = islam…islam = baik
Maka terbuktilah bahawa siapa yang kata jadi baik itu hipokrit
adalah salah…sebenarnya…jadi jahat itu hipokrit…sifat jahat bukan diri kita sebenar…Allah
s.w.t telah menjelaskan dalam surah Al-A’raf, ayat 172 yang bermaksud:
“ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan
zuriat anak2 Adam daripada belakang mereka. Dia jadikan mereka saksi terhadap
diri mereka sendiri. Allah menerangkan, ‘bukankah Aku ini Tuhan kamu?’ mereka
semua menjawab, ‘benar, kami menjadi saksi mengakuinya”
Maknanya…sebelum kita lahir lagi..Allah dan jadikan fitrah kita
ini adalah beriman…islam…taat kepada Allah…pernah kah kita mendengar kata2
bahawa bayi itu suci daripada segala dosa…ini lah maknanya…kita tidak hipokrit
jika kita bersifat baik atau ingin kembali kepada kebaikan…
Masalah lagi bagi manusia adalah apabila kita ingin berubah…terdapat
la segelintir rakan kita yang cube menghalang niat baik kita itu…mereka pasti
mengejek…mengutuk…mencaci..mencerca…dan sebagainya…
Ini adalah penyakit yang ada dalam masyarakat kita. Apabila melihat
sahabat menjadi baik, mereka tidak senang…berasa sempit dan gusar…mungkin bimbang
akan kehilangan rakan…mereka sebenarnya mewarisi sifat makluk yang Allah jelas
kan dalam ayat 16 hingga 17, suruh Al-A’raf:
“iblis berkata, ‘oleh kerana engkau
menyebabkan aku sesat, sesungguhnya aku mengambil tempat menjadi
penghalang mereka daripda jalan-Mu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka dari
hadapan serta belakang mereka dan dari kanan serta kiri mereka. Engkau pasti
mendapati tidak ramai daripada mereka bersyukur.”
Jadi ini sebagai inspirasi dan kekuatan kepada mereka yang mahu
berubah, supaya terus bersabar dan tabah…mahu kembali kepada fitrah adalah
tidak sesekali hipokrit…
Kepada yang ingin berubah…jangan susah2 hati..sekiranya ada
masanya kita jatuh semula…ini adalah resmi kehidupan manusia biasa…iman kita
selalu turun dan naik…tidak ada manusia yang baru ingin berubah…terus jadi baik
seperti malaikat…
Manusia biasa lambat membuang sisa2 jahiliah secara keseluruhan
nya pada masa yang singkat…ianya mengambil masa yang lama…tetapi perlu di ingatkan...jangan
berputus asa…
Ingat tak satu crita yang seorang lelaki yang membunuh 100 orang…dan
akhirnya dia tidak sempat bertaubat…dia meninggal dunia apabila dia dalam
perjalanan menuju ke tempat taubat…tetapi Allah memasukkan nya ke dalam syurga…kerana
kesungguhan dia ingin bertaubat…
Maka ketahuilah…kepada mereka yang kita yang ingin berubah…Allah
begitu sayang....cinta akan kalian...
Xpercaya…???
Lihat surah al-Baqarah, ayat 222:
“sesungguhnya Allah mencintai mereka yang
sering bertaubat dan membersihkan diri”
*jangan endahkan semua kritikan orang apabila diri kita mahukan
perubahan pada diri sendiri…kritikan akan melemahkan kita, sekiranya
dibandingkan dengan kasih sayang Allah kepada semua manusia…
**Apabila mahu berubah…jangan teragak-agak…niat melakukan
perubahan hanya kepada Allah…bukan kerana seorang wanita…bukan kerana kawan…bukan
kerana latar belakang keluarga…tetapi kerana Allah s.w.t…sekiranya satu dunia
menyisihkan anda kerana perubahan kearah kebaikan anda…bersabarlah…bertenanglah…dan
terus tabah…bergerak terus kearah perubahan…
InsyaAllah Allah tidak sesekali
mengecewakan para hambanya yang mendekati-Nya…
Jika kita berjalan menuju ke arah Allah…Allah berlari mendapatkan
kita…
*** kepada kaum lelaki...
tak teringin ke nak kawin dengan wanita solehah...kalau teringin...jom jadi soleh...
***kepada wanita...
nak suami kita soleh x...kalau nak...jom jadi solehah...
*****soleh/solehah tu maknanya baik..
nak suami kita soleh x...kalau nak...jom jadi solehah...
*****soleh/solehah tu maknanya baik..

.jpg)

Hari ni aq tgk ramai org mcm x yakin sgt dgn firman allah dlm surah an-nur "Perempuan yg baik untuk lelaki yg baik & lelaki yg baik untuk perempuan yg baik". sbb diorg ckp realitinya ramai je yg laki ustaz tp isteri jahil.
ReplyDeleteLps ni buat lah entry utk mnjawab persoalan ni..
hahaa..bahaya tu kalau xyakin...
ReplyDeletehoho.. ayat tak nak jawab la tuu xD
ReplyDeletehaha..nice kay !! suka suka baca..hehe
ReplyDeleteKay... Best sngt... truskn ok... :) .. keep it up..
ReplyDelete