Sunday, April 14, 2013

Saya tidak hipokrit...


Assalamualaikum w.b.t

Pada suatu ketika dahulu...sedang saya bersiar-siar di kawasan rak buku di sebuah kedai buku di sekitar sini...tiba-tiba saya terdengar satu perbualan yang jelas dari rak seberang sana...

ya..mereka pon sedang mencari buku...tiba-tiba...mereka disapa oleh beberapa rakan mereka yang lain...

"kau buat ape kat sini"
"cari buku"
"buku ape je kat sini..buku kat sini poyo kot"
"ni haa...buku motivasi...macam best je tajuk dia..aku nk try bace jgk"
"eh...sejak bila hang bace buku lagu nie..."
"entah la weiii....aku rase aku nk bace buku mcm nie la plak...aku nk berubah la"
"ala...hang xpayah nk hipokrit la weii..poyo..."
"hurmm...ok lah..dah..jom la.."

Ya, ada segelintir manusia pada zaman ini berasa takot melakukan perubahan kepada kebaikan…kadangkala bukan kerana risau akan kutukkan rakan2 dan orang sekeliling…malah mereka sendiri pon xyakin akan perubahan yang mereka ingin lakukan…dan terus mempersoalkan dalam diri…betol ke ape yang aku buat nie…tidak hipokrit kah..

Ayat2 racun seperti…."aku perlu jadi diri sendiri"…menyebabkan jiwa kita menjadi rosak dan menghalang langkah kita untuk berubah…



Tetapi persolan disini…hipokrit kah kita jika berubah menjadi baik…??? Adakah dengan kebaikan, menyebabkan kita tidak menjadi diri sendiri…??? Siapa plak yang mulakan peraturan bahawa jadi baik itu hipokrit…???

Bila ditanya…kenapa tidak mahu berubah…??? Mereka menjawab…tidak mahu menjadi hipokrit…diri nya telah ditakdirkan suka kepada perkara yang Allah larang…suka merokok..bukak aurat…dan sebagainya…sekiranya melakukan perubahan kearah kebaikan…mereka rasa itu bukan diri mereka…tetapi..mana kita tahu yang buat perkara2 dosa itu adalah diri kita yang sebenarnya…mana bukti yang mengatakan kita telah ditakdirkan untuk jadi sedemikian rupa yang buruk perangainya itu…

Siapa kita yang sebenar…???

Rasulullah s.a.w. menyatakan yang bermaksud,” setiap bayi itu lahirnya di atas fitrah, ibubapa mereka dan suasana pembesaran mereka yang menjadikan mereka seorang yahudi, nasrani, dan majusi…(Bukhari dan Muslim)

Ini membuktikan bahawa setiap bayi yang dilahirkan adalah diatas satu fitrah…

Fitrah = islam…islam = baik

Maka terbuktilah bahawa siapa yang kata jadi baik itu hipokrit adalah salah…sebenarnya…jadi jahat itu hipokrit…sifat jahat bukan diri kita sebenar…Allah s.w.t telah menjelaskan dalam surah Al-A’raf, ayat 172 yang bermaksud:

“ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak2 Adam daripada belakang mereka. Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri. Allah menerangkan, ‘bukankah Aku ini Tuhan kamu?’ mereka semua menjawab, ‘benar, kami menjadi saksi mengakuinya”

Maknanya…sebelum kita lahir lagi..Allah dan jadikan fitrah kita ini adalah beriman…islam…taat kepada Allah…pernah kah kita mendengar kata2 bahawa bayi itu suci daripada segala dosa…ini lah maknanya…kita tidak hipokrit jika kita bersifat baik atau ingin kembali kepada kebaikan…

Masalah lagi bagi manusia adalah apabila kita ingin berubah…terdapat la segelintir rakan kita yang cube menghalang niat baik kita itu…mereka pasti mengejek…mengutuk…mencaci..mencerca…dan sebagainya…

Ini adalah penyakit yang ada dalam masyarakat kita. Apabila melihat sahabat menjadi baik, mereka tidak senang…berasa sempit dan gusar…mungkin bimbang akan kehilangan rakan…mereka sebenarnya mewarisi sifat makluk yang Allah jelas kan dalam ayat 16 hingga 17, suruh Al-A’raf:

“iblis berkata, ‘oleh kerana engkau menyebabkan aku sesat, sesungguhnya aku mengambil tempat menjadi penghalang mereka daripda jalan-Mu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka dari hadapan serta belakang mereka dan dari kanan serta kiri mereka. Engkau pasti mendapati tidak ramai daripada mereka bersyukur.”



Jadi ini sebagai inspirasi dan kekuatan kepada mereka yang mahu berubah, supaya terus bersabar dan tabah…mahu kembali kepada fitrah adalah tidak sesekali hipokrit…

Kepada yang ingin berubah…jangan susah2 hati..sekiranya ada masanya kita jatuh semula…ini adalah resmi kehidupan manusia biasa…iman kita selalu turun dan naik…tidak ada manusia yang baru ingin berubah…terus jadi baik seperti malaikat…

Manusia biasa lambat membuang sisa2 jahiliah secara keseluruhan nya pada masa yang singkat…ianya mengambil masa yang lama…tetapi perlu di ingatkan...jangan berputus asa…

Ingat tak satu crita yang seorang lelaki yang membunuh 100 orang…dan akhirnya dia tidak sempat bertaubat…dia meninggal dunia apabila dia dalam perjalanan menuju ke tempat taubat…tetapi Allah memasukkan nya ke dalam syurga…kerana kesungguhan dia ingin bertaubat…

Maka ketahuilah…kepada mereka yang kita yang ingin berubah…Allah begitu sayang....cinta akan kalian...

Xpercaya…???

Lihat surah al-Baqarah, ayat 222:

“sesungguhnya Allah mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri”

*jangan endahkan semua kritikan orang apabila diri kita mahukan perubahan pada diri sendiri…kritikan akan melemahkan kita, sekiranya dibandingkan dengan kasih sayang Allah kepada semua manusia…

**Apabila mahu berubah…jangan teragak-agak…niat melakukan perubahan hanya kepada Allah…bukan kerana seorang wanita…bukan kerana kawan…bukan kerana latar belakang keluarga…tetapi kerana Allah s.w.t…sekiranya satu dunia menyisihkan anda kerana perubahan kearah kebaikan anda…bersabarlah…bertenanglah…dan terus tabah…bergerak terus kearah perubahan…

InsyaAllah  Allah tidak sesekali mengecewakan para hambanya yang mendekati-Nya…

Jika kita berjalan menuju ke arah Allah…Allah berlari mendapatkan kita…




*** kepada kaum lelaki...

tak teringin ke nak kawin dengan wanita solehah...kalau teringin...jom jadi soleh...

***kepada wanita...

nak suami kita soleh x...kalau nak...jom jadi solehah...

*****soleh/solehah tu maknanya baik..

5 comments:

  1. Hari ni aq tgk ramai org mcm x yakin sgt dgn firman allah dlm surah an-nur "Perempuan yg baik untuk lelaki yg baik & lelaki yg baik untuk perempuan yg baik". sbb diorg ckp realitinya ramai je yg laki ustaz tp isteri jahil.

    Lps ni buat lah entry utk mnjawab persoalan ni..

    ReplyDelete
  2. hahaa..bahaya tu kalau xyakin...

    ReplyDelete
  3. hoho.. ayat tak nak jawab la tuu xD

    ReplyDelete
  4. haha..nice kay !! suka suka baca..hehe

    ReplyDelete
  5. Kay... Best sngt... truskn ok... :) .. keep it up..

    ReplyDelete